hipotimus pun gua kawan.

macam-macam perangai orang gua pernah handle. dari dulu sampai hari ini, satu-satu perangai gua kenal. satu-satu impian gua baca. memang gua hipokrit dalam berkawan. sebab gua jaga hati semua orang. selagi dia tak buat palat dengan gua, maknanya gua boleh lepak minum lagi la dengan dia. tapi tak semestinya gua benarkan dia masuk lepak bilik tidur gua lah. ahh, itu semua normal dalam berkawan.
gua percaya, lu orang semua pun sama je. sekurang-kurangnnya gua mengaku gua hipokrit dalam berkawan. itu menunjukkan gua tak hipokrit sebenarnya. dari ada minah ni, dia tak mengaku. siapa yang hipokrit sekarang?

p/s-banyak-banyak orang gua jumpa dalam dunia ini, lu bagi lah perangai apa-apa pun. gua handle. tapi satu perangai je gua tak boleh bawak sampai mana-mana. sensitif. gua paling menyampah golongan sensitif. golongan yang tiada kekuatan zahir dan batin diri sendiri. golongan yang kalah pada tohmahan orang lain. golongan yang gua rasa boleh korek kubur tanam diri sendiri.

erk, jangan pukul gua pulak kalau lu orang sensitif dengan tulisan ini. =p

4 comments:

amaL said...

gua sensitif. tapi pada certain part je lah. dan bagi gua, hipokrit tu perlu untuk hidup. heh

Ikemal said...

aku suka part =p

hilman.teddy said...

amal-jangan lah selalu sensitif.blaja la utk jd kuat. =D

ikeman- =p

sery said...

ehem, hippopotamus la..hehe