holga lama

dalam imej itu.
kembali tuk dia melihat.
segala warna yang dicerna.
dilihat rapat.
jauh ke dalam.
supaya dekat ke hati.

bila cuba masuk.
dalam hujung lensa.
seketika cuma.
dia kaku.
melihat objeknya.
bukan sebarang.
dari seberang.

disimpan segala rasa.
kerana sakitnya hari.
dibuang semua rambut.
biar gugur.

kerana imej itu.
rupanya hanya mampu.
tersimpan dalam.
kad memori.
kerana imej itu.
terlalu agung untuk.
dicetak di helaian kertas kehidupan.

ahh, kamera lama.

No comments: