suka hati lu lah black!

gua belanja air limau.
lu tak mahu. lu bising nak air merah.
gua bagi sirap.

lu bawak kereta.
gua kata itu lampu merah. jangan langgar.
lu kata merah warna kita.

gua hulur mild seven.
lu meracau. kecoh nak dunhill.
yang berat mahu, ringan tak mahu.

bising lah. lu bising,
gua buat pekak. lu korek telinga gua.

hello, berdarah tahu.

suka hati lu lah.
neraka pun merah.
syurga pun putih.
lu pilih.

2 comments:

Bastart said...

kira bagus kita tak mengemis
kalau ang nak tau inilah kesan sistem kapitalis

bangkit melayu, bangkit lawan
tak payah kena merayu, bangkit maju ke depan

hilman.teddy said...

satu perkataan jua : melayu.