lama dan baharu

panas, matahari mencarik sekian kulit. sekali sekala hati gua menghina caci sang matahari sehingga gua terlupa itulah sebahagian ciptaan agung yang maha esa sebenarnya. kadang gua cuba bayangkan kehidupan tanpa matahari. biarlah sehari tanpa matahari pun, gua rasa itu sudah cukup untuk mencipta pelbagai rungutan masalah daripada kalau gua hidup bersama matahari, hanya ada satu rungutan, iaitu panas.

tadi, gua baru pulang dari banting. saudara gua, omar selesai mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar kolej matrikulasi banting, selangor. biar apa pun pilihan beliau dalam meneruskan sesi pembelajarannya gua hormat. sebagai salah seorang pelajar cemerlang dan berwawasan tinggi, omar mendapat pilihan sama ada berdiri di kolej matrikulasi selangor ini mahupun menjadi pelajar uitm shah alam dalam jurusan perakaunan. gua kurang pasti mengapa pilihannya lebih ke arah matrik, mungkin dipengaruhi oleh kehadiran rakan-rakannya bersama. apa2 pun hasilnya, kita lihat kelak. cuma gua ingatkan pada omar jangan sesekali menyesal dengan segala yang telah kita putuskan.

kolej mara banting menerima batch pertamanya. bangunan yang cantik. kemudahan yang mencukupi, tempat yang luas. lihat, betapa pentingnya pendidikan yang cuba ditonjolkan oleh kementerian pelajaran malaysia hari ini. apa yang gua lihat, omar berahi untuk belajar disini kerana dia tahu dia adalah pelajar batch yang pertama. maka, dia adalah golongan yang mencipta sejarah. barisan pertama yang tidur di atas katil baru. bersandar pada dinding baru. ditiup oleh angin kipas baru. segalanya baru. tapi, apa yang lebih penting omar cakap pada gua, dia takda senior dan itu membuatnya sangat gembira untuk kekal belajar disitu. apa2 pun, bagi gua tempat begini ada kebaikan dan keburukkan sendiri.

izinkan gua berkongsi. gua pernah merasa dua2 dunia. dunia baru serta dunia lama. tingkatan satu sampai tiga gua berada di sekolah baru. dimana pada ketika itu gua bangga menjadi generasi pertama untuk duduk di sekolah itu. gua rasa gua adalah golongan yang akan melakar sejarah gua sendiri disitu. tapi ada satu perkara yang dunia sering lupa. bukan senang untuk mencipta sejarah dan terlalu mudah untuk kita melupakan sejarah. seperti itu gua bekerja dalam suasana yang baru. apa yang gua suka, peraturan dicipta oleh kami sendiri. sistem yang baru dibina dibentuk dianyam oleh kami sendiri. maka, kami kerbau yang hanya dirotan dipunggung. bukan kerbau yang diikat tali dihidung.

bebeza selepas gua tingkatan 3. gua berpindah ke sebuah sekolah  di utara malaysia yang sudah mula beroperasi pada tahun 1984. jadi lu orang boleh bayangkan suasana yang sangat berbeza dari sekolah pertama gua dulu. sekolah yang mula operasi hanya pada tahun 2003. berada disini, bersama pokok yang puluh tahun usianya rendang melindungi pemandangan gua. bersama bangunan yang kekal dimamah usia dimana gua tahu pelbagai cerita yang pernah berlaku sebaliknya. dipayung dinding lama yang penuh dengan tulisan masing2 yang cuba menceritakan kisah2 yang pernah terjadi sekian dahulu. cuma, bekerja dengan orang lama bukan mudah. biasalah, datuk bandar yang sudah lama dan selesa dipekuk kerusi empuknya. pemandangan serta pemikiran cuma berarah ke satu sudut. pantang cuba diluaskan oleh pemikiran muda. maka ditentang lantangnya, atau dicarik hatinya perlahan.

nampak kan perbezaannya? maksud gua, apa2 pun ada kebaikan dan keburukannya. cuma macam apa yang gua pesan tadi, bukan senang hendak melakar sejarah, tetapi begitu mudah untuk melupakannya. tapi, kelak kalau berjaya mencipta sejarah itu juga yang dicari oleh generasi selepasnya. apa yang penting ialah persediaan diri sendiri. kerana kepelbagaian citarasa menimbulkan berlainan cara bekerja. masing2 perlu tahu cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. cuma bagi gua, gua selalu pilih yang mencabar.

maka untuk itu, gua lebih suka berada disamping dinding yang dipenuhi tulisan serta lukisan kerana gua gemar melihatnya kemudian cuba memanjangkan ceritanya. gua suka berada di tempat yang penuh cerita lamanya supaya bisa gua dengarkan kemudian ceritakan kembali pada lu orang. dan paling penting, dalam usaha memisahkan bontot datuk bandar dari kerusi malas mereka yang sudah berkarat itu. kerana bagi gua, itu tugas paling mencabar bagi mana2 manusia yang masih bergelar pelajar.

1 comment:

kid said...

teringat kat ps dulu.haha~