ijazah wei ijazah!

ah, gua mintak maaf sangat2 sebab tak dapat nak post entri. gua mempunyai masalah untuk akses blogspot dengan internet uia. ini pun gua sebat laptop kawan gua punya.
rasa lama gua tinggalkan blog ni. ahhaa. tak apa, hari ni dapat jugak gua menulis kembali.

gua pun baru selesai orentasi. sehumble2 manusia, gua tak malu pun lah kalau nak ngaku gua baru register degree gua tahun ni kat uia gombak. sebab ramai ingat gua ni umur dah lanjut. siot je. gua muda lagi ok. sekarang gua masuk program AAD ataupun applied art and design. gua ingat nak major interior desingn nanti. boleh jadi cam eric leong

melangkah je kesini, tiba2 gua rasa macam pelbagai2 masalah serta dugaan yang timbul. memang gua dah rasa dah pun penangan dia. tapi, gua selalu ingatkan kita manusia jangan selalu nak hidup senang. memang gua pegang kata2 tu. tapi, hari tu membe gua ada cakap bila masa lagi nak habiskan duit mak bapak kita. ahh, pegangan gua semakin rapuh. siot punya pokjak. haha

bilik gua dengan kelas jauh macam gampang. maaf gua mencarut. tapi memang jauh macam itulah. agak2 25 minit berjalan ditemani matahari yang indah, jalan bukit bukau dan abang2 niger yang muka nak pelanduk dua serupa je. kepala botak.

gua dah pancing bapak gua nak moto. gua malas nak sapu kereta. selagi boleh saving, gua saving. awek tak nak naik belakang gua tinggal je. memilih sangat pun tak boleh tahu. tengok hati, jangan tengok rim tayar. haha. gua ingat nak angkat vespa. tapi bapak gua macam tak setuju. kazen gua otai vespa tu pun macam tak galakkan sangat.

gua tahu memang vespa banyak songeh. lagi2 orang baru macam gua yang nak berjinak dengan vespa ni. bukan gua tak nak motor lain. tapi jiwa pramlee gua yang memberontak ini terlalu mengagungkan motor buatan itali ini. moga gua jumpa saloma kelak. godeng pun godeng lah tepi jalan. memang gua nak sangat ride vespa. lu orang doa je lah hati bapak gua lembut setuju dengan gua ok.

ok lah kawan2. gua pun nak rilek2 kejap. ada masa gua cerita lagi lah perubahan dalam hidup gua ini. macam2 orang gua jumpa dalam uia ini. bikin panas ada. bikin kawan ada. bikin tegang pun ada. haha. itu kalau jumpa gadis2 law lah.

akhir kata, selamat gua ucapkan buat sesiapa sahaja yang belajar di uia ini. tidak lupa juga pada mahasiswa2 seluruh dunia sekalian. belajar lah bersungguh2. sentiasa jadi berbeza dari pelajar yang lain. hapuskan auku. haha, tiba2 je ek. gua takut gak ni kot2 blog gua kene usha dengan brader2 uia. kalau kena gam habislah. apa2 pun gua bukan dacing, bukan bulan, bukan roket. cuma gua mahasiswa biasa yang mahukan hak gua sebagai mahasiswa. gua nak hak bersuara gua. hak gua berpesatuan. hak gua berdemonstrasi atas mana2 isu yang gua rasa berada di paksi yang benar.

ingatlah mahasiswa mahasiswi sekalian, jangan biarkan mereka ambil hak kita. jangan lah biarkan mereka menggunakan kita sebagai alasan keselematan individu2. biarlah mahkamah terus takut untuk menghukum orang2 besar ini. tapi kita tahu dimana suara kita berada. selamat malam!

4 comments:

Amal said...

gua pun macam ingat nak ambik interior design weh. nanti lu bole jadi gua punya senpai ha.

abdullah said...

man, aku cakap menda ni jgn dengki. kat garaj rumah aku ade sorang awek tgh tggu aku, nama dia VESPA SPEEDY LML. hahahahhahahaa.

hilman.fikry said...

amal-haha.mari2 meriahkan suasana. senpai tu ape weyh. jgn hentai dah la. haha

kadir-lu kimak je kan. sabarlahh. sikit hari lagi ni..

Amal said...

senpai tu senior lah. hahaha