naga si pelakon.

kalau aku ada satu hati yang kuat, pasti sudah lama aku melangkah. kalau aku ada idea yang hebat, pasti sudah lama aku jadi pensyarah. masakan aku menjadi seekor naga dalam sebuah tasik. mungkin hanya seekor ikan sederhana besar. ataupun aku hanya seekor ikan kecil yang selalu menjadi mangsa makan malam mereka. semua orang terlalu mengejar menjadi naga, hingga aku tertanya2 apakah itu satu kemestian? hanya segelintir yang hidup sederhana dan mudah menjadi pendamping aku hari2.

dan untuk duyung, apakah mata mereka hanya melirik pada naga. tiada seri untuk ikan biasa macam aku ini. mungkin ini penyebab segala, kenapa semua ingin menjadi naga. mungkin ini sebab segala manusia hidup dalam keadaan hipokrit. mereka seorang penipu. mereka sedang menipu diri sendiri. mereka bakar nama sendiri, mereka bakar identiti sebenar, mereka sentuh maruah peribadi. mereka anyam rambut jadi hitam menawan. mereka kilatkan sisik jadi pekat menawan. mereka berlagak megah kaya dan gila depan duyung2. mereka bukan jadi diri sendiri. mereka berlakon jadi seekor naga ; sedangkan hanya seekor berudu.

dan selalu, mereka ada kumpulan sendiri. ada persatuan, ada kelab dan sebagainya. mereka ke majlis beramai2. mereka berenang sekolompok. laju, dan bising menarik perhatian orang ramai. mereka pijak tapak sulaiman. mereka ludah si obor2. mereka pecah ranapkan batu karang. dan sekali lagi gua tertanya2, penting sangatkah harta karun di dasar air itu. penting sangatkah, kuasa pangkat dan harta segala? penting sangatkah berdamping dengan golongan hebat agar nampak diri sendiri pun hebat. tapi yang jelas, mereka sekali lagi menipu diri sendiri. mereka berlakon jadi seekor naga yang hanya berdamping dengan naga2 lain. berdamping dengan paus biru yang gah. berjalan takbur dengan todak yang tajam. sedangkan, jauh dalam mereka masih hanya seekor berudu.

bukan susah jadi naga. ada harta? ada nama? ada rupa? bila2 masa pun boleh tukar jadi naga. hebat mereka ini, penyu segala bagi laluan. ikan lumba2 segala carikan makanan. tapi, yang gua pelik. mereka selalu bertelingkah sesama sendiri. pelik jua gua. kata sudah hebat, biar sama2 hebatlah. ini tidak, ditikamnya naga lain. dikuncinya dalam kandang anjing. ahh, macam2 perangai mereka ini. akhirnya, dalam jiwa seekor berudu jua. biarlah, kalau itu yang bahagiakan mereka. maksud gua, yang bahagiakan lu orang. aish, kau orang pun naga ke? best tak jadi naga, ajar lah gua macam mana. gua pun macam berminat je ni. boleh gua telan kerang2 di lautan nanti. haha

p/s-ouh jantan2 sekalian, jadilah diri sendiri. kerana diri anda begitu berharga.

1 comment:

Amal said...

mereka berlakon jadi seekor naga ; sedangkan hanya seekor berudu.

serius cool!