tips gadis elektrik melihat seorang lelaki.

saya selalu dengar cerita, gadis2 elektrik kalau nak skodeng laki, first2 tengok kasut kemudian jam tangan. ada yang cakap, awak kena tengok punggung. ada yang tengok rambut dulu lah. mata lah. ada yang tengok diorang rider apa. yang tengok kulit warna apa pun ada. tengok telur saya tak pernah dengar cerita lagi lah. hurm, tapi rasa ada. sebab membe saya telur dia macam naga, ramai je ayam nak tumpang mengeram. haha. apa2 pun saya cuba translatekan lah isu2 ni untuk awak2 semua - gadis2 elektrik sekalian.

kalau awak tengok jam.

1-kalau jam pasar malam : jangan terlalu awal buat kesimpulan. golongan ini masih boleh membahagiakan anda. cuma, kebahagian itu akan dikongsi bersama. mereka selalunya bersahaja. dan sudah tentu seorang yang mementingkan masa.

2-kalau jam mahal : selalunya mereka akan sarung rolex, guess, fossil dan sebagainya. kebahagian tidak terjamin. tapi, hidup anda akan terjamin dengan dompet mereka yang tebal. mereka sudah tentu mementingkan kekemasan, gaya, mutu dan keunggulan. kebanyakkan gadis elektrik memilih mereka.

3-kalau jam ben10 : saya malas banyak cakap. kalau jumpa, mintak no terus. jangan segan, saya jamin awak bahagia. mereka penuh dengan sense of humour. berpewatakan menarik dan indah.

kalau awak tengok kasut.

1-kalau kasut adibas : hurm. susah nak eksplen. kenal jelah kalau berani. tapi tak digalakkan. cuma, kalau dah berkenan nak buat macam mana.

2-kalau kasut futsal : kemungkinan besar seorang kaki sukan. apa2 pun usha perut diorang. kalau tak ada perut main sukan baik tak payah. seorang yang eksyen lebih je tuh. agak2 body mantap, mesti malam2 main futsal. awak semua boleh ikut tengok dia main.

3-kalau kasut kulit : seorang yang mementingkan kekemasan. boleh dikatakan metroseksual. saya bajet diorang terer matematik. sebab albert enston pernah cakap, orang yang pandai mengira ini seorang yang mementingkan kekemasan. erk, kemas macam mana gua tak tahu. macam rambut dia kot.

4-kalau kasut umum : contoh nya converse, macbeth dan lain2. mungkin mereka dalam golongan yang mudah bergaul. dalam keadaan boleh dikenali. mereka hidup bersahaja dan sentiasa berada dalam situasi hidup untuk bersama gadis2 elektrik.

kalau awak tengok rambut.

1-kalau rambut botak : jangan lepaskan peluang. biasanya golongan ini memang menarik untuk buat teman hidup. tak percaya, cari budak botak sekarang.

2-kalau rambut mohawk : mereka juga tidak kurang hebatnya. golongan bersahaja yang masih tahu apa itu erti market. jangan risau rambut je pacak lebih, saya pasti dalam lembut baik punya.

3-kalau rambut dreadlock : pun sempoi kalau nak buat laki. tapi, tanya dulu kenapa diorang dreadlock. kalau diorang cakap tak tahu. awak2 tinggalkan jelah. tapi kalau diorang bilang diorang dreadlock sebab benci amerika. awak2 sebat terus. mereka konfem golongan sempoi.

4-kalau rambut kaler : erk. ini macam pun susah. kalau rambut kaler cam justin bieber. erk, suka hati awak2 lah yek. kalau merah kuning macam lambang shell bawak motor rxz pulak pun suka hati awak2 la ek. saya tak nak ulas lanjut. haha

kalau awak tengok kenderaan.

1-kalau bawak perodua : pun boleh jugak ni. masa depan terjamin sikit. agak2 kancil turbo ke. kelisa habis bikin pun ok. mereka ni sempoi. tapi kalau diorang spend masa lebih sikit kat kereta, janglan bising. kongsi lah minat bersama, baru ngam.

2-kalau bawak honda civic : please tanya dulu itu duit sendiri atau duit mak bapak. kalau duit sendiri, mintak tunang terus ok. kalau duit mak bapak. please jentik telinga sikit. haha. tapi saya target golongan ini jugak yang menjadi pilihan awak2 semua kan.

3-kalau bawak superbike : tak payah tanya duit diorang or duit parent. tangkap terus je. baru gadis elektrik sejati.

4-kalau bawak vespa : ouh please, cium diorang sekarang. kalau warna pink, cium mulut terus tau. kalau rasa jijik, tak payah jadi gadis elektrik. sebab abang vespa memang cool.

kalau tengok perut.

1-kalau perut 6 packs : alamak, ini saya rasa ramai jugak yang nak ni. boleh jugak hidup dengan mereka ini. senang cerita kalau perut 6 packs, mesti hensem punya. bulu ketiak pun tumbuh manja2 je.

2-kalau perut buncit : tahlah, ada awek cakap orang perut buncit seksi. hurm, saya rasa pun. HAHA. tapi, percayala tumpang tidur buat bantal memang best. tak tipu. tak caya roger. haha

3-kalau perut berselulit : teruskan lah agenda kalau masih mahu, sungguh cinta itu buta.

kalau tengok rokok.

1-kalau hisap dunhill : boleh buat husband. wallet mereka tebal sikit dari perokok yang lain.

2-kalau hisap luffman : boleh2 sangat buat husband. tapi ada dua situasi sama ada mereka kurang berduit atau mereka sedang berjimat untuk kahwin dengan awak2 semua.

3-kalau hisap rokok standard : biasala ni. mereka standard2 jeh. tapi bak kata abang2 ex5, standard tapi power!

last, kalau tengok punggung.

1-kalau punggung diorang macam saya : ouh, pasti mereke seorang yang best.

2-kalau punggung saya : jumpa mama, mintak restu terus ok. haha

itulah serba sedikit cerita macam mana awak2 nak usha mereka ini. sedikit sebanyak moga ia membantu awak menemui jejaka sejahtera masing2. apa2 pun, percayalah masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. rupa kurniaan tuhan dan perangai sentiasa boleh diubah.

tapi,

saya rasa kalau awak pilih laki dengan melihat benda2 diatas ini.. aish, tak cukup gadis elektrik lah sebenarnya. sebab bagi kami sebenarnya, kami suka gadis yang hanya tengok kami pada hatinya. sekian. bye. =D

10 comments:

miephobia said...

berbau jeles dengan gadis elektrik sikit. xD

Amal said...

gadis elektrik tu macam mana weh?

hilman.teddy said...

epoh-haha.elok sikit ouh. mana ada! haha

amal-erk, gadis elektrik tu macam. macamm.. macam2 lah. haha

enuLwanie said...

aku sukaaaaaaaaa

fina. said...

haa, baru nak cakap paling pntg tgk hati<3

hilman.teddy said...

enul-apa yg kau suka haa. haha

fina- lammmbat.. =p

sery said...

kalau gadis system camne lak nak tgk laki?

hilman.teddy said...

sery-haha. lu tgk jelah dia single ke tak. itu pun nak tanye gua lagi. haha

manthong said...

haha, heroga, (hero gadis gadis).

fareha said...

aku suka tengok arrr...

best bce :p