hari ini, gua rasa gua hensem.

isu plagiat gua dah pernah ungkit dulu. mana yang dah lama bersama gua pasti tahu macam mana mata  gua memandang isu plagiat ini. kerana pada masa itu pun adalah seorang gadis jurusan law yang gua rasa jurusan paling hebat dan cool di atas muka bumi menegur gua lalu gua usulkan makna plagiat.

dan tadi. tita bagitau gua ada abang ensem plagiat gua punya entry. kalau lu orang ingat, yang cerita pasal tips gadis elektrik usha lelaki tu. terima kasih la tita sebab inform gua. mungkin entri itu agak menarik untuk santapan pembaca lagi2 yang penuh dengan jiwa remaja macam lah abang ensem ini jugak. ada 2 orang mintak nak re post entri itu kat blog diorang. gua tak kisah pun. tumpang gembira lagi. diorang tempek nama gua kot. tak ke ada posibeliti dapat jodoh kat blog diorang. haha.

tak adalah. gua pun tak tahu nak buat apa. itu lah jugak apa yang gua cakap kat tita. kalau abang helmi baca ini. opps, terkeluar nama pulak. abang hensem lah. haha. kalau awak baca ini, serius saya tak kisah pun. saya harap blog awak lebih market lah lepas pos entri itu atas nama abang hensem. tahulah saya tak hensem. haha, tiba2 jeh. tak apa, serius tak kisah. kalau nak lagi ambik lah. jangan ambik satu entri. ambik banyak2 pun tak pe. yang lama2 pun banyak jugak yang stail2. ambiklah, pastu letak nama abang hensem kat bawah. baru market! suka gadis elektrik baca blog awak.

sudah2. gua pun tak larat nak ambik port. ada benda je lagi membahagiakan gua hari ini. laptop gua dah register wifi uia. maka, lu orang akan jadi lebih dekat di hati gua. dua, semalam keluar lepak dengan kawan2. kawan2 baru pun ada. seronok. sekurang2nya gua berjaya lupakan dia 5 saat. itu sudah cukup membanggakan. dan tadi babah kol, tanya ada duit ke tak da. gua dah tak larat nak menipu. mengaku je lah tak ada duit. lalu dimintanya no akaun cimb gua. rasa nak nangis wey. lama rasa daif. terima kasih babah. esok ada harapan lah makan ayam. ni tidak. asyik sapu sisa2 orang.

buat abang helmi, semoga anda terus market. jangan ambil hati. sebab gua tak ambik hati pun. gua tak kisah. cuma, gua tak tahu lah pembaca2 tulisan putih macam mana. sebab gua percaya macam mana gua sayang belog gua ini, macam itu jugak diorang sayang tulisan putih ini. maknanya kalau tiba2 ada orang ketuk pintu rumah lu sambil pegang kayu besbol gua tak tahu lah. lu pandai2 la layan dia ok. ngam!

4 comments:

sharifah nadiah shahabuddin said...

hilman, i rasa i antara org terawal yg follow blog u. i selalu ikut perkembangan blog u dari semasa ke semasa.
ish rasa macam nak penumbuk abang hensem tu. kalau dah tak ade topik, tak yah la nak tulis blog.

cleo said...

ohoooo

hilman.teddy said...

nad-haha, tak tau lah u. tak nak cakap apa. biar jeh lah. =D

cleo- ohoo sgt pun tak elok. jemput lah makan2 apa ada. haha

hilman.teddy said...

nad-haha, tak tau lah u. tak nak cakap apa. biar jeh lah. =D

cleo- ohoo sgt pun tak elok. jemput lah makan2 apa ada. haha