sorry sorry sorry

aduh, gua agak bulan ini bulan gua paling banyak kecewakan orang. pengurusan kewangan yang teruk bulan ini pasti mengecewakan mak bapak gua. masalah disiplin juga sudah pun mengecewakan mak dan atuk gua. siap datang lagi nak bagi nasihat. haish. kawan2 ajak lepak,pun gua tak dapat tunaikan. dah banyak kali pulak tu. sorry chillers, sorry geng2 uniten. sorry semua. tanggungjawab pun tak dilaksanakan dengan sempurna. gua hampakan kawan baik gua sendiri. patutnya gua tolong dia tunjuk jalan, kesian dia jalan jauh sampai sakit kaki sebab gua tak sedar dari tidur. lecturer pun pasti kecewa dengan design gua yang tak tentu arah dan penuh dengan kemalasan. lagi, orang2 sekeliling gua sekarang. kesian diorang jadi mangsa marah gua. entah apehal, tekanan ini aku tak mampu urus. senang sangat nak marah. orang nak bergurau pun aku serius. maaf semua maaf. gua janji andai keaadaan dah kembali normal, gua akan jadi hilman yang kau orang suka. teddy yang kau orang suka.

sorry tak dapat gerak ulu yam hari tu. sorry tak dapat perform sabtu ini. sorry dah 3 kali tak dapat lepak kang bharu dengan kau orang. sorry tak mesej siapa2. sorry banyak sangat pau rokok kau orang. sorry terkasar bahasa. sorry lama tak balik rumah. sorry sorry sorry.

kuat tekanan ni. tak percaya, jadi gua. yela, asyik2 gua letak diri dalam orang yang gua kecewakan. agak2 diorang pernah tak merasa macam mana jadi gua? aish.

3 comments:

fina. said...

jarang nak tgk die down mcm ni?
saba eh.

Liyana Adib said...

gua hampakan kawan baik gua sendiri. patutnya gua tolong dia tunjuk jalan, kesian dia jalan jauh sampai sakit kaki sebab gua tak sedar dari tidur.

- Forgiven la! Kata tak tidur sehari suntuk kan.

jen - jen punye cite said...

kenal gua lagi.?gua rindu lu la budak comel+lawak nak mampos. muah. malboro light 1!