AAD 1-URP 1

gua datang lambat 5 minit dari tertiupnya wisel permulaan permainan. perlawanan bola pertama dalam fakulti gua, KAED. kuliyah of arkitekture and environmentel design. liga kaed kali ini menampilkan 6 pasukan. KAED Staff, pasukan Architecture (budak2 pandai), pasukan Quantity Surveyor (budak2 ulat buku), pasukan Urban Planning (budak2 nik), pasukan Landskap (budak2 ayam 1), pasukan Applied Art (pasukan ayam 2, tapi hensem2 belaka).

gua? applied art. walaupun kami digelar pasukan ayam 2, permainan hari ini tetap boleh dibanggakan. kira standard johor lawan atm pun ada lah sampai jugak. keputusan seri 1-1. permainan yang seimbang. sesi balas membalas wujud dengan tenang walaupun pasukan lawan iaitu URP(urban) bermain agak kasar. mentang2 team gua kecik2 molek, kena langgar2 je. gol pertama diberikan oleh pasukan urban.ramai jugak yang injured. gua rasa ramai dah lama tak turun padang ni. asyik onani dalam bilik je.

dah2, gua bukan sheeby singh nak kecoh banyak2, isu satu pun tak de. cuma gua nak highlight gol yang menyamakan kedudukan kami. gua bajet adalah dalam minit 87 atau 88 sebelum tamat permainan. keeper kami cik acapan ambik free kick. nak dekat2 setengah padang gua rasa. lagi semeter dari tempat kick off tu. dia sepak, masuk gol terus. cantik tu memang cantik. tapi, gua tahu penyebab utama kenapa gol. sebab, keeper diorang nik akmal! haha, memang gol lah.

apa2 pun, teruskan lah semangat kesukanan anda kawan2 sekalian. main elok2, bukan nak gaduh je. nak gaduh, ajak lah foreigner lawan. baru boleh gaduh. haha, kantoi pulak gua racist. goodluck untuk jugak team2 lain!

p/s- nik akmal, jangan marah. awak memang tak hebat pun. haha. (perang psikologi ma)

1 comment:

.nana. said...

eypp. xci ni main psychology. CET! nik tetap dihati :P