rojak 2 - kupasan artikel wani ardy

selesai membaca artikel kak wani ini, lantas hati aku memuji dia. sebaik2 manusia yang pilih cara untuk berfikir sebegitu. tipu kalau aku tak setuju. memang itu yang seharusnya dijunjung dalam hidup kita seharian. lagi, jika hidup seseorang itu berlandaskan agama. maka seharusnya dia tahu nilai2 moral yang sepatutnya ada dalam diri insani mereka.

benar, terlalu ramai yang mudah terpengaruh dengan bahan2 picisan. artikel2, poster2 yang diterbitkan banyak mempengaruhi minda kita lagi2 anak muda yang baru setahun jagung dalam melaungkan kata azimat buat panduan hidup. terlalu mudah mengikut rentak mereka yang lain tanpa berfikir secara rasional. takut dengan kududukan seperti telur dihujung tanduk ramai yang lantas mengangkat sepanduk, menjerit kata2 gila, mencaci hina tanpa ada sedikit kematangan dalam diri.

aku sangat2 menghargai usaha kak wani dalam menyatukan si keris, naga, dan tuhan ular. usahanya untuk membuka mata bahawa pangkat dan harta bukan lah segalanya. gigih dia untuk kejutkan keris, naga dan ular supaya bersatu dan persengketaan  hanyalah perkara yang sia2. sepatutnya kita semua mampu untuk hidup aman dan damai di bawah satu bumbung. betapa pentingnya untuk memupuk kasih sayang di antara anak2 kecil supaya bisa bermain bersama. berkongsi permainan dan sebagainya. mudah untuk aku ungkapkan melentur buluh biar dari rebung. tapi perlu kita tahu, dimana pelentur sekarang?

sungguh aku tertarik dengan petikan kak wani. negara ini untuk terlepas dari penjajah mengambil darah nenek moyang dan pahlanwan kita yang sangat banyak, tapi kemegahan itu boleh terjejas hari ini dengan hanya beberapa kata2 gila. betapa peritnya perjuangan mereka dahulu. perit melihat darah rakan seperjuangan. sakit derita bunuh membunuh. menjadi pemburu, menyusur kegelapan malan dalam hutan. bersejukan disebalik kubu bertatahkan guni2 pasir. perit tahu. mereka sengsara. tapi pernah kah kita tertanya siapa mereka.

siapa mereka?

kalau pada zaman itu rakyat tanah melayu diwajibkan memiliki kad pengenalan, aku pasti di atas kad pengenalan sarip dol, dato bahaman, dato maharajalela, tok janggut dan lain2 tertulis warganegara tanah melayu dan berbangsa melayu. bangsa melayu. saya ulang ya kawan2, bangsa melayu. keris melayu. darah melayu. darah melayu yang tumpah yang buat anda semua hari ini boleh lepak klcc hujung minggu. boleh jalan2 chow kit beli baju melayu dan baju kurung cotton untuk raya.

bukan tidak mahu mengikut teladan kak wani. cuma, aku tertanya. mana rasa hutang budi si naga. mana rasa hormat si tuhan ular. mana? masakan mereka berdiri hari ini, kalau tidak keris merangkak dulu. masakan mereka membina empayar judi di tanah tinggi genting kalau tidak pernah si keris terbang ke badan jww birch semasa enak buang air besar di tepi sungai. bukan mahu cipta propaganda. bukan mahu memulakan bencana.

cuma mahu penghormatan. bukan sedikit, tapi biarlah mencukupi. supaya tiapnya orang di malaysia ini rasa bersyukur dengan nikmat yang mereka kecapi sekarang. supaya bisa semua orang berkongsi rasa kasih sayang itu. bukannya, makan seorang. bukannya ternak babi seluas2 hingga ada yang berbuka puasa makan sisa2 sampah. bukannya hingga berutus surat ke pihak atasan minta segala itu macam. apa tidak cukup lagi rumah tuhan ular dan gajah dibenarkan dibina merata2 di tanah melayu ini. apa itu tidak mencukupi?

punca? punca kerana semua mahu impian masing2 tercapai. semua mahu berada diatas. tanpa merasa hidup dibawah. tanpa ada tangan yang dihulur ke bawah dan tarik semua untuk merasa hidup senang. semua! semua, dan semua. bukan takat si naga, mahupun si ular, si bapak keris jugak turut serta. itu punca segala. punca bahagia retak. punca kasih sayang diracun. punca perpaduan dicarik. memang patut nabi muhammad takut untuk meninggalkan umat nya ni. bagaimana untuk kukuh tiang rumah kalau tanahnya tidak kuat. bagaimana cantiknya kuih kalau ngam acuannya. begitulah juga kita hari ini. orang diatas, orang diatas. ahh, lemau berbicara cerita orang diatas. tak pernah ada rasa murni pun dalam hati mereka.

memang, aku nampak mengalah dalam situasi ini. tidak lah sekuat kak wani yang masih teguh dengan pendirian dia untuk menyatukan kita semua. tapi air mata aku terlalu hina untuk singgah di bumi nusantara ini. hati aku terlalu kuat menjerit suatu hari nanti anak cucu aku menikmati ubi kayu sebagai menu paling mewah untuk makan malam mereka sekeluarga. jiwa aku terlalu meracau memikirkan anak cucu aku terpaksa menempek dengan naga2 demi sesuap nasi. padahal kesuburan tanah melayu ini dahulunya terlalu megah untuk dikongsi semua. kesuburan yang pada mulanya diterokai oleh nenek moyang mereka sendiri.

jahat kah aku untuk berfikiran begitu. jelaskah aku kerana terlalu mementingkan diri untuk merebut kembali takhta negara ini? memang aku tidak semulia kak wani, tapi itu lah apa yang hati aku jeritkan. biarlah kau orang mahu berkata apa. cuma, bagi mereka yang pernah memandu di kuala lumpur kau orang akan tahu betapa tiapnnya insan di kuala lumpur ni memandu dengan penuh rasa penting diri sendiri. kerana apa? kerana ada anak bini di rumah untuk diberi makan minum. kerana ada mesyuarat di pejabat. kerana ada perbincangan ilmiah di kedai mamak. memang aku dulu pun fikir lebih baik kita menjadi pemandu berhemah. selalu mengalah dengan kenderaan lain. selalu mengalah dengan kepentingan pemandu lain. tapi makin lama aku sedar, ini bukan isu main2. ini isu nyawa. aku menjunjung nyawa ketika memandu. maka, seharusnya lebih baik aku memikirkan nyawa2 penumpang dalam kenderaan aku dan nyawa aku dari memikirkan nyawa kenderaan sebelah. itu ceritanya.

kerana ada yang lebih penting untuk kita dahulukan dari mengalah kepada orang lain. dah tiba masanya untuk buka mulut. bukan diam dipijak. kerana mereka terlalu melampau. melebihi batas2 ketajaman sebatang keris. tiada hormat, dan sebagainya. tapi, macam kak wani cakap. kalau dia mencuri, bukan bermaksud satu keluarganya mencuri. kalau aku menghargai kecantikan wanita, tak semestinya semua lelaki lain begitu. dan, contoh terbaik. al quran sendiri tidak pernah menyatakan semua orang yahudi itu babi. maka, dalam rojak aku kali ini, bukan semua naga itu pai lang. bukan semua tuhan ular itu langsi. tak tipu. aku ada sahaja ramai teman naga dan ular. sikitpun kami tidak pernah bertikam lidah dan mengacu pistol. nak tahu kerana apa? kerana kami tahu apa nilai hormat menghormati. kerana kami tahu nilai kongsi segelas minuman. kongsi sebatang rokok. tapi mereka diatas? tahukan nilai itu. ataupun mereka buat2 tak tahu?

menjawab soalan kak wani-

 Which one would you rather choose – possessing a chaotic country, or sharing a peaceful country?


i do want to share a peaceful country.


sekarang soalan aku - salah ramuan rojak ataupun salah pembuat rojak kerana tidak mengikut ramuan sebenar?

3 comments:

Bastart said...

Mana artikel wani ardy tu?

PEMBUAT ROJAK! no doubt. ajar kita semua junjung sarip dol, dato bahaman, dato maharajalela, tok janggut tapi sendiri tak sedar banyak sgt buah yg sama dalam rojak memang tak sedap

NM. Amalina said...

pembuat rojak!

syznmy said...

kak wani mmg bagus pun dlm berfikir (: