malaysia vs indonesia?

rakyat indonesia kini rasa kedaulatan mereka dicabar oleh malaysia perihal beberapa kes yang bagi gua ada pennyelesaian nya. dimana patut adanya golongan2 intelektual dari kedua2 negara untuk duduk berbincang mengatasi masalah utama ini.

situasi tidaklah terlalu genting. tetapi rakyat indonesia sedang mendesak pemerintah mereka supaya melancarkan perang terhadap malaysia. perasaan terlalu benci, hingga ingin mengajak perang. ataupun ini semua propaganda pemerintah mereka yang mengarahkan rakyat supaya terus menghentam malaysia?

namun, itu mustahil untuk dilakukan. ini kerana malaysia berada dalam kolompok perjanjian FPDA(Five Power Defense Agreement) termasuklah negara Australia, Singapura, dan New Zealand. maka, kalau mereka serang malaysia - inilah abang2 long yang akan datang bantu malaysia.

selain itu, persedian tentera malaysia mengatasi indonesia. ini membuat kan mereka terpaksa fikir dua kali sebelum melancarkan sebarang perang terhadap malaysia. dan gua percaya, malaysia mempunyai kewangan yang cukup untuk memperkasa item perang malaysia - cuma, puan besar kena bekorbanlah jangan beli handbag banyak2 dulu. kita beli peluru dulu ok nak selamatkan negara. dah selamat, baru kita shopping handbag ok?

yang paling penting ialah agar semua rakyat faham situasi yang berlaku. rakyat malaysia harus faham, mengapa mereka berkata begitu. jangan hanya terus bersama emosi dan terus meneruskan agenda ini sebagai medium untuk menaburkan kata2 benci pada negara jiran. kita harus lah lebih berfikiran matang dan bertindak seperti abang besar yang memberi gula2 pada adik2nya.

seperti itu, rakyat indonesia harus juga tahu dan faham situasi genting yang berlaku. bukan hendak menjatuhkan, tetapi pemerintah indonesia seharusnya berusaha untuk memberi pemahaman pada rakyat indonesia. bukan hanya, memberi duit dan menyuruh mereka melaungkan dan acah2 membakar bendera malaysia. golongan intelektual harus bertindak pantas dalam menyebarkan ideologi serta kedudukan negara anda. kerana hanya anda yang bisa memberi fahaman pada mereka.

korang nak perang2 ni? gua macam malas. tapi kadang2 perasaan nak jadi hero ini ada jugak dalam diri. konon nak berjuang untuk negara lah. cuma, setiap kali itu berlaku. gua akan cepat2 ingat skandal gua-nia ramadhani. terusan gue bukak skype.

No comments: