tumblr

maka telah yakin lah bahawa penulis ingin mengembangkan sayap nya. dengan satu hati, berdiri duduk dia dengan sentiasa mengharapkan berkat dari illahi. sekian lama dulu, pernah kawan gua akid suruh gua buat tumblr. dia tunjuk contoh adik dia punya. gua yang pening2 sikit masa tu, merasakan tumblr tak pernah sesuai dengan jiwa gua. masa tu, gua rasa mereka mengelat kerana boleh me-reblog karya orang lain. namun, ada satu perkara yang gua suka pasal tumblr. dari imej, berjuta cerita anda boleh sampaikan. tak perlu menulis panjang. cukup sekeping gambar untuk membuat orang lain menangis, ketawa ataupun apa sahaja. untuk gua, gua ada 2 alasan keras kenapa mula untuk ber-tumblr. satu, haah. tangan dan mata gua gemar bermain dengan kamera. memang kalau ada free gua sentap nikon bapak gua tu pergi cari imej. dan, kedua memang gua suka beromen dengan grafik. tak hebat pun, semua tengah belajar lagi. jadi sifu2 sekalian, lu orang boleh lah ajar gua. moga, tumblr ini mendatangkan kebaikan pada gua dan semua. dan jangan risau, tulisan putih tetap akan merobek jiwa lu orang hari2. kalau nak skodeng gambar awek gua kat tumblr gua, gi lah usha. follow sekali lah.

p/s- golongan2 intelektual - luca pipi daus sume tu ada tumblr tak?
                              

No comments: