ana raffali

bulan ini hampir setiap hari aku biarkan lagu dia gentel gendang telinga aku. hampir setiap waktu. entah kenapa, suara dia. terlalu selesa untuk bermain di telinga aku. suara dia, di penghujungnya ada satu tarikan vokal yang susah aku nak cari pada penyanyi lain. seperti sekuntum bunga. bunga yang terlalu indah. bagi aku, semua penyanyi ada pohonnya. ada yang rendang. ada yang penuh duri. ada yang hanya ranting kering. ada yang beracun. dan pohon ana raffali adalah pohon dari syurga. yang wangi dan bunganya tak pernah habis walaupun tiap saat ada bunga yang luruh menumbuk telapak bumi. dan sekarang masih lagi aku biarkan lagu dia bersumbang mahram dengan telinga aku.

p/s-kalau pohon dia itu pohon larangan dari syurga, tetap aku ingin petik tanpa kira hukumannya.

3 comments:

Amal said...

aku tak in sangat dengan ana raffali. tapi lagu dia ok. heuheu

♥farra♥ said...

lagu2 ana rafalli nie best2 gak..

hilman.fikry said...

lain orang lain telinga. =D