Islam agama semua.

ahh, lagi-lagi cerita kaitan dengan agama. dulu pernah juga gua tulis isu-isu ada kaitan agama ini. tuhan je tahu betapa meronta jari-jari gua masa tu sebab segan nak meneruskan tulisan. tapi, demi nama Allah gua beranikan diri dan arahkan jari gua untuk terus menulis. gua ingat masa tu entri gua pasal ramadhan.

tahun ni gua tak tulis pun pasal ramadhan. jangan tanya kenapa. memang gua rasa tak layak. tapi kali ini, gua cuba juga untuk berdiam diri. tapi rasa itu melebihi dari rasa malu bagi seorang yang ada nama muhammad di pangkalnya. tak ramai orang faham kenapa gua macam ni. segan-segan pula nak berada di jalan Allah. tapi, jujur. gua segan.

tak apa lah. cuma hari ini gua lagi segan. segan dengan pembawakan perjuangan hukum-hukum Islam yang makin celaru. haah, gua memang suka buruk sangka. terus terang, orang-orang berkemeja yang bertanggungjawab memang kerja bukan kerana agama. sama ada, mereka mahu kerja kerana hanya mahu gaji untuk meneruskan hidup untuk menyara diri dan keluarga ataupun itu memang pilihan kerja mereka tetapi tidak didedahkan dengan pandangan kritikal, pengurusan ataupun latihan-latihan yang cukup.

siapa mereka? gua gelarkan pihak berkuasa sahajalah ok. tak kisah lah pihak mana. kita hidup jangan nak tuding jari sangat. yela, orang suka tuding-menuding. bila satu benda dah jadi, laju je campak kesalahan itu kat mana-mana pihak. itu tak apa lagi, yang gua paling menyirap. golongan tahu nak komplen je. panjang berjela-jela komplen dia. tapi tak pernah pulak turun padang hulur tangan.

gua rasa gua dah panjang lebar sangat merapu. apa yang gua nak sampaikan isu tentang orang bukan beragama Islam haram masuk ke masjid. boleh menangis gua baca isu-isu macam ini. sedih. sedih, disebabkan undang-undang yang dicipta, nama agama kita hilang bau harumnya. Islam bagi gua agama yang lemah lembut. Islam bagai air. campak sahaja batu yang keras. tenang sahaja ia tenggelam ke dasar hati air. bukan juga menjadi batu, yang tentu-tentu akan terpantul apabila bertemu dengan batu-batu keras yang lain.

bagi gua, penggunaan istilah kafir itu sendiri sudah kurang enaknya. kata orang, kurang lembutnya. haah, pandangan gua lain sikit. gua percaya pada kata-kata orang buat jahat, kita buat baik. apa yang gua nak bagitau, bukan semua orang bukan Islam ni jahat. bukan semua orang yahudi ni jahat. sama jugak, bukan semua orang Islam ni baik. ingat gua baik ke? haha.

sebab itu kita kena jadi air. jadi pelembut. bukan jadi batu. lagi mengeraskan keadaan. berdoa, itu sebaik-baik kelembutan. ini tidak, timbul masalah sikit. semua nak angkat pedang. dihunusnya terus pada tiap-tiap orang bukan Islam itu. macam perogol. kalau dia rogol orang. kita letakkan hukuman pada nya. bukan pada ibu-bapanya. adik beradik beliau ke. itulah yang terjadi sekarang. bagaimana mereka nak percayakan kelembutan kita jika kita hanya mahu berunding dengan pedang? tandatangan dengan darah. itukah yang Islam junjungkan?

macam mana kurang ajar pun mereka ini. nak bakar kitab suci kita. kutuk nabi muhammad yang tersayang. persendakan hukan hakam kita. dengan izin Allah kalau sampai hidayah pada tiap seorangnya, maka mati mereka dalam Islam lah. maka, tanggungjawab pada setiap orang Islam ini untuk menjaga imej Islam sebagai agama yang bertauliah. agama adil yang berpaksikan pada kebenaran. yang penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan. bukan dengan angkat sepanduk "bodoh siapa yang nak bakar Al-Quran!" ataupun update status fesbuk "cilaka orang yahudi, mari semua kita bunuh orang yahudi".

lagi sekali gua tekan kan. kalau gua mencuri. jangan pernah salahkan ibu bapa gua sekali. kalau pernah gua hisap dadah. jangan hina mak bapak gua sekali. begitulah perumpamaannya. bukan semua jahat.

dan mengharamkan mereka masuk masjid, umpama menjauhkan mereka dari sinar agama. menjauhkan mereka untuk mengenali agama ini. agama yang mengamalkan konsep pintu terbuka. agama yang tidak menjadikan darah sebagai sejarah. kalau dengan izin Allah kita dapat mengIslamkan mereka. suci bagi Allah, pahala dia tak terkira. moga syurga untuk kita. tapi peraturan kini menjauhkan mereka dari kita.

gua pernah pergi taj mahal. di tiap belah kirinya. ada satu bangunan masjid lama. gua pernah solat sunat disitu. dan ketika gua sedang solat, rakan ayah gua dari jepun tanya apa yang gua sedang buat. lalu ayah gua ceritakan. dan hingga hari ini dia berminat untuk mengetahui tentang Islam. sayang cuma hidayah belum tiba. tapi sekurang-kurangnya dia tahu nilai agama Islam itu bersih dan mulia.

berapa banyak masjid dalam dunia ini yang dijadikan tempat pelancongan. hebat sangat sampai orang luar datang melawat. kagum dengan senibinanya, dengan teknologinya. dengan kemerduan azan nya. tapi di malaysia lu orang bagi tahu gua. berapa banyak masjid yang masih dibuka lepas solat isya? ke pihak pengurusan kunci kan pintu gate dengan alasan takut berlakunya kecurian lah. takut kucing masuk berak merata-rata lah. biarlah, itu urusan mereka dengan Allah. kalau betul masjid itu rumah Allah, bila-bila waktu pun hamba-hambanya boleh datang melawat. nak tidur ke, nak makan ke. itu urusan mereka. asalkan dengan niat yang betul, Allah terima, langsung tidak timbul masalah.

tapi sayang. kita tidak mengamalkan cara itu. masjid dikunci lepas solat isya. ya memang, tidak ramai yang memakmurkan masjid. tapi apa salahnya, dengan langkah-langkah seperti inilah yang akan membuka hati orang ramai untuk berada di jalan Allah. cuma, ada satu masjid yang tidak pernah dikunci. masjid sri petaling. tahniah pada pihak pengurusan kerana mengamalkan budaya mulia itu. satu-satunya masjid yang 24 jam tidak pernah dikunci. bebas untuk sesiapa beriktikaf.

akhir kata, gua minta berlembutlah. jangan selalu bertindak ikut perasaan. jangan selalu ambil keputusan tanpa memikirkan keadaan. keadaan yang kelak makan nama agama sendiri. biar gua bukan seorang hamba yang baik, tapi nama Islam masih gua bawa dari hari ke hari.

p/s - kalau bukan gua yang berubah jadi baik, sekurang-kurangnya orang-orang disekeliling gua.

6 comments:

Nisa said...

nice entri
aku insaf baca

Muhammad Hasif Shah said...

Beza sgt suasana masjid di Malaysia dengan kat luar..Kat sane,diorg sentiasa menghidupkan masjid..pg siang ptg mlm dan tgh mlm,mmg ade org kat masjid. :(

Daniel Ahmad said...

Alhamdulillah, tulisan yang baik man.
Setuju dengan apa yang ditulis.
Mereka itu mungkin takut sebenarnya..
Takut untuk memikul tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam. Yang tahu cuma melenting apabila anak muda mula murtad. Mereka tidak nampak yang pihak gereja berusaha habis-habisan menyampaikan dakyah, sedangkan mereka menjauhkan orang-orang non muslim dari sinar Islam.
Anyway, nicely said Hilman.
Assalamualaikum :D

hilman.fikry said...

cekodod-ahaha, alhamdulillah.

hasif-tugas kita lah menghidupkan kembali. cuba2 lah mana yang terdaya.

den-betul den. tu yang aku tak suka. bila budak2 nakal macam aku buat salah sikit je. sibuk, semua datang nak berdakwah. serban bukan main tebal. tapi bila camni jadi? diam je.

riziaq said...

setuju dgn den. very nicely said.

aku penah dengar ayat ni dari mana tak igt;

'beruntung melayu dapat islam, tapi beruntung ke islam dapat melayu?'

good one hilman :)

hilman.fikry said...

haha, thaks rizi. =D