jiwa tujuh hari

tujuh hari sejak aku melihat dia,

lalu ada penyakit yang singgah,
di dalam badan ini semua berat.

tubuh aku sendiri meninggalkan aku,
tubuh aku sendiri yang tikam belakang aku.

kemudian
ada yang datang cuba merawat,
hatiku bersungguh-sungguh menolak rawatan mereka.

kemudian,
para penyihir yang cukup berdaya,
katanya,
penyakit saya tidak kelihatan.

katanya,
hanya nama dia mampu menyembuhkan engkau.

nama yang buat aku naik.
yang akan tiupkan nyawa dalam nyawaku.

datang nya untuk aku adalah jiwa,
melihat dia sudah memadai membuat aku jiwa.

berbicara perihalnya membuat aku kuat,
merangkul mengusir penyakit ini.


tujuh hari sejak dia pergi dari aku.

***

nota kaki - jangan pernah anggap aku istimewa, kerana aku memang sama seperti orang lain yang ingin membahagiakan mu. tapi harus anggap aku istimewa kerana aku melihat mu bukan seperti mereka memandangmu.

4 comments:

-hazen said...

fuih

jatuuh cinta lu ni

ape lagi. kawin2!

hilman.fikry said...

eleh xmalu suruh org kawen. lu la kawen dulu. haha.

Catherine- said...

x paham!

n!da said...

melepas saye! encikteddy da berpunya.. uhukk3.. hoho