dunia dua

atas dunia ini ada dua dunia. satu dunia yang benarnya dunia, satu lagi dunia kedua. aku lebih gemar berada di dunia kedua. dalam dunia ini, aku boleh jadi sesiapa yang aku mahu. aku mendengar dengan lebih tajam. aku boleh berfikir tanpa sebarang penindasan abnormal. aku boleh adaptasi ruang-ruang yang jasad aku hendak berada. aku boleh rasa dekat atau aku boleh rasa jauh dengan orang yang hati aku sayang. aku boleh senyum, aku boleh ketawa aku boleh murung ikut sistem kawalan rasa aku. dan yang paling indah,aku sedang membina fantasi aku sendiri. bermakna hidup aku ada cerita. bukan hidup sekadar mengejar wang segala.

3 comments:

Para Jamaludin said...

setiap kita perlu topeng, dunia bukan tempat mereka berwajah jujur- mesin cetak

aku cuma quote. hihi

PuanPepel said...

aku like quote kat atas. :)

Black Jeepsu said...

aku pon