diri sendiri

ternyata dalam sains perempuan lebih cepat matang dari lelaki. jadi dalam lingkungan usia yang sama ternyata perangai dua jantina ini membawa pada kehidupan yang berbeza. dari cara pembawakan watak hinggalah cara berfikir dan sebagainya berbeza. haah, aku memang suka lihat perempuan yang matang. bagi aku mereka punya cara tersendiri.

perempuan yang tidak hanya tahu menggunakan air mata sebagai alasan untuk balas dendam pada bumi. permpuan yang tidak menggunakan lurah buah dada untuk mengejar kemegahan di dunia. perempuan yang tidak hanya pandai menyorongkan kata-kata tapi tahu cara membentuknya. perempuan yang tahu dia memang seorang perempuan.

tapi kadang-kadang aku kasihan juga melihat ciptaan ini dimatangkan lebih cepat dari lelaki. jelas, perangai lelaki yang kebudak-budakan atau dalam erti kata lain tak reti malu mahupun gila-gila. dari mata aku melihat mata perempuan, mereka memandang senteng terhadap sifat kebudak-budakkan yang lelaki bawa. ada yang pandang jijik. ada yang berkata-kata dibelakang. senang cerita, ada yang tidak senang atau menyampah melihat lelaki begitu.

tapi, percaya atau tidak. kadang-kadang mereka rasa mereka juga ingin jadi seperti itu. aku bukan nak bawa isu dengki. tapi dari mata itu, kadang-kadang memang aku dapat lihat mereka ingin buang jauh matang itu dan jadi seperti kanak-kanak yang mereka pernah rasa suatu masa dulu. 

bagi aku, dunia ini lah pentas untuk kita bergembira. buat apa kawal diri sendiri. buat apa kisah orang lain cakap apa. asalkan belum lupa diri, teruslah berhibur di pentas yang luas ini. tak apa, esok masih ada.

3 comments:

syazana said...

sakit kadang2 jadi perempuan.


selalu ah sakit!

hilman.fikry said...

haha, cari lah yang paling indah dalam sakit itu. =D

Anonymous said...

kata2 yg penuh ngn mksd tersirat!-WNF hr wanna =)