singa

normal dalam hidup rasa tertinggal atau pun ditinggalkan. rasa jauh ke bawah dan takut dongak ke atas melihat orang lain yang lebih tinggi. sedar tidak sedar ini semuanya hanya masalah diri sendiri. mereka selalu suruh orang lihat cermin tanpa rasa mereka juga patut melaksanakannya. apa yang aku cakap kat sini, hidup memang atas dasar diri sendiri. diri sendiri yang menentukan cabaran apa yang dimahukan dalam hidup ini.

kalau kita rasa mereka tidak beri kehormatan itu pada kita, kita yang perlu cari mereka dan ambil kehormatan itu sendiri. berdiri lah pun di atas dahan yang rapuh namun masih tenang ditiup angin. kalau kita sakit setiap hari orang ludah muka kita, esok kita yang ludah balik dekat muka dia. buat apa hidup terlalu baik dalam dunia yang terlalu ramai kejahatannya. aku bukan nak ajar kau orang jadi jahat. cuma jadi lebih bijak dari orang lain.

sama seperti memandu kereta di kuala lumpur. kalau anda sedang memandu di dalam kuala lumpur dan anda memandu sambil memikirkan pemandu yang lain, anda bodoh. di sini, semua tentang diri sendiri dan nyawa sendiri. di sini anda boleh eksiden tanpa kemahuan anda. atas kesalahan orang lain yang tidak pernah berfikir tentang anda, kereta anda yang dilanggar. masih mahu memikirkan pasal orang lain? atau sudah mahu penting kan nyawa sendiri.

hidup di dunia haruslah seperti singa. garang, comel, tampan, gagah dan digeruni. dan yang paling penting, kalau anda mahu tahu singa si raja rimba sebenarnya digeruni kerana ngaumannya. bukan kerana dia pemakan daging. bukan giginya yang tajam menjilat daging. bukan juga kerana kukunya yang tajam. tapi kerana laungan ngaumannya. jadi untuk anda, mengaum lah sekuat yang anda mampu lalu biar mereka sedar kewujudan anda dalam dunia ini. buktikan anda bukan lemah.

4 comments:

Catherine- said...

terima kasih.

saya sedang belajar menjadi singa yang comel.

:) yeyy~

hilman.fikry said...

awak pasti ke awak boleh jadi singa yang comel?

Tujuh Busur said...

Tapi kalau cuma tau mengaum yang isi dalamnya kosong, ditindas juga kan ? akan dilabel sebagai tin kosong. Macam mana tu ?

hilman.fikry said...

singa mana yang mengaum kosong. mengaum lah sebagai singa. jangan sebagai keldai pula. =D