mudahnya hidup

mudahnya manusia mencuri hati aku kemudian lagi mudah untuk manusia itu melupakannya. buat aku tertanya, benarkah puisi-puisi cinta yang khabarkan sanggup berenang merentasi lautan dalam. ada yang coretkan sanggup renang lautan api jugalah. aku tertanya benarkah itu. tapi siot betul. brader yang inspirasikan taj mahal itu untuk orang yang dia sayang memang betul-betul membuka kuasa cinta. tapi pada zaman-zaman iphong 4 dan belekberry ni ada ke orang yang ingin mengagungkan cinta mereka sebegitu. ataupun sekurang-kurangnya buat plan atas kertas pun dah cukup. mudah je 'kot'. mudah lagi melepaskan mungkin. mudah lagi melupakan. mudah lagi lari. biarlah, sekurang-kurangnya pencuri ini baik hati. dia pulangkan balik hati itu pada aku. kalau tak pulang, kesian pulak pencuri baru tak ada hati nak dicuri.

p/s- nasib baik gua jenis tak kisah orang ada hutang dengan gua.

5 comments:

Ermizi Muhamad said...

jangan risau , masih ada manusia jiwa-jiwa yang mengerti .

hilman.fikry said...

haha, ada 'kot'.

Ermizi Muhamad said...

ada . haha .

intan.maisarah said...

pencuri hati memang kejam.
bila dah dicuri hati,
tak dijaga dengan elok.
dah muak dengan hati ini,
dicari hati lain untuk dicuri

Biela Sapine said...

Mencinta manusia hanya perlukan beberapa minit, tapi mahu melupakan perlukan seumur hidup.