mungkin kiub rubik


kiub rubik bukan permainan aku. mungkin aku seorang yang pemalas. lagi-lagi dalam kes mencari masalah. sebab aku memang jenis malas cari masalah. mungkin aku jenis yang hanya suka buat masalah. itu aku.

tapi, aku suka tengok orang selesaikan kiub rubik. dan tanyakan apa rahsia untuk selesaikannya. mungkin aku suka belajar. kemudian aku cuba selesaikannya. tapi hingga sekarang aku masih tak berjaya selesaikannya sendirian. kalau ada yang siap pun, atas bantuan dan panduan orang lain. mungkin aku tak boleh hidup sendirian.

tapi aku bukan jenis manusia yang ambil penukul dan ketuk kiub rubik sampai hancur sebab tak dapat selesaikannya. mungkin aku akan buat begitu bila satu hari nanti aku dah selesaikannya. aku kan suka cari masalah.

p/s- mungkin nanti ada yang ajar aku main rubik kiub.

No comments: