jalan

kalau ada rasa anda kehilangan sesuatu. buat keputusan berbaloikah ia untuk disimpan ataupun lebih bagus untuk dilepaskan. kalau rasa berbaloi, jangan buang masa. bingkas bangun dan kejar untuk mendapatkanya kembali. ini zaman berterus terang. bukan lagi zaman simpan rasa dalam hati. jujur itu peraturan untuk berdiri di dunia ini.

dan jika betul ia bukan untuk dimegahkan maka lepaskan dengan penuh rasa megah. dan ingat, keputusan itu jangan hadirkan bersama dengan sebarang penyesalan. anda sendiri yang buat keputusan itu. dan jangan pandang kebelakang.

tapi, orang yang tidak pandang belakang antara orang yang tidak dapat merasai sepenuhnya cabaran menyusun langkah kedepan. sekali-sekala lihatlah kebelakang dan buat keputusan untuk kembali mengejar ataupun hanya menghadiahkan senyuman. dan itu semua atas pilihan masing-masing. lain orang lain cara.

macam aku, aku ada rasa untuk melepaskan segala. tetapi buat masa sekarang aku mahu bertahan dan lihat ia mahu datang sendiri atau aku yang kena pergi menjemputnya. susahkan hidup. siapa kata senang. nak berak pun susah, kalau kena sembelit.

5 comments:

Q said...

sumtimes kena tunggu sumtimes kena lepas kan.
if dah lepaskan dia dtg balik kat kita means dia mmg utk kita.
if dia tak dtg balik dia mmg bukan utk kita.

hilman.fikry said...

haha, tapi cerita kita lain. cerita kau untuk dia.

cerita aku untuk ia. mungkin ia untuk objek dan bukan manusia.

plakaputeh~ said...

tertanya2 betul x jalan kaed yg ak pilih..haihh~

hilman.fikry said...

betul lah tuh. ap yg tak betul lg nye. haha

Kay- said...

yang hilang pasti akan berganti.

pasti.

beli henfon baru yg lagi canggih

;)