mainan tidur

semalam aku balas dendam tak tidur satu hari asaimen punya pasal. macam-macam mimpi aku dapat. aku mimpi aku bagi ceramah dekat orang-orang cina. aku puji orang cina, dan mengaku kekurangan orang melayu. aku pun kurang faham kejadian itu.

lepas tu aku mimpi aku bergurau dengan ayah aku. aku sembur dia dengan air dari pili paip bomba tu. aku ingat nak seronok-seronok je. tapi dia marah. dia nak kejar tapi tak larat. dia suruh adik aku kejar. aku sembur jugak kat adik aku. adik aku terus malas nak kejar. tapi aku rasa bersalah jugak lepas tu.

pastu aku mimpi gadoh dengan kawan baik aku. dua orang kawan baik aku. aku mimpi gadoh jugak. sampai semua tak nak cakap dengan aku. aku tak ingat aku buat apa. tapi semua macam tak puas hati dengan aku. tak puas hati betul aku dapat mimpi-mimpi camni.

oh, nujum pak belalang lekas tafsirkan mimpi saya !

3 comments:

Atikah Khalil said...

u puji i ke?
i ada darah cina so kira macam orang cina la tu :P

Biela Sapine said...

Mimpi mainan tidur

hilman.fikry said...

tikah- haha, xlah. i igt sume makcik2 tua je dalam mimpi tu.

biela-haha, itu lah pasal. tapi kadang2 bukan mainan.