saya kena saman lagi

memang normal dalam kehidupan seorang mahasiswa-mahasiswi dididik untuk menjadai produk yang terbaik dan berdisiplin. lagi-lagi kehidupan buat pelajar ipta. tak lepas dari dididik untuk menjadi seorang pelajar yang berdedikasi.

pelbagai cara digunakan pihak universiti. dan antaranya ialah saman. benda paling dibenci oleh pelajar-pelajar. lagi membakar jiwa, kalau ada mangga besar ketip tayar kereta macam ketam warna kuning.

dan hari ini, gua kena saman lagi.

gua memang jenis terima kesalahan diri sendiri. gua menulis pun bukan dengan penuh rasa marah. cuma gua tertanya-tanya adakah cara saman ini cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. dan gua tertanya-tanya dalam kehidupan seorang pelajar ini, perlukah pihak universiti membeli jati diri integriti kami dengan wang kertas?

gua tak kisah pun kalau gua kena saman sebab rambut panjang. gua memang tutup mulut, bayar kemudian potong terus rambut gua. memang gua tahu itu adalah satu kesalahan dan gua dah langgar peraturan dalam tempat belajar gua.

kalau kena saman hisap rokok kat tangga pun, gua akan terima. memang salah gua mencemarkan udara uia dengan asap marlboro. mungkin nama institusi juga tercemar dengan adanya produk-produk duduk terkangkang menikmati asap selepas makan tengahari.

melainkan mereka menyediakan tempat merokok khas buat perokok-perokok. itu kes lain. lain hari boleh bincang isu ini.

yang kurang menyenangkan kalau gua kena saman sebab parking motor dalam blok. kau orang kena faham, dah beberapa kali operasi menyaman motor-motor yang diparking konon bukan pada tempat yang sepatutnya.

gua kurang pasti mereka faham atau tidak. mereka umpama menyuruh kami untuk berak ditandas yang disediakan tanpa memikirkan tandas itu sudah penuh kerana terlalu ramai penggunanya. dan apabila kami berak di tempat lain, itu menjadi satu kesalahan !

 jangan sampai kami berak ditandas rumah anda baru tahu.

di antara kemudahan yang tidak mencukupi, keselamatan motor pelajar dan saman rm50 mereka mana yang penting?

gua tak bodoh mana nak terima saman macam ni. memang tempat yang disediakan tidak mencukupi menampung kenderaan pelajar. dan sejak kebelakangan ini juga kejadian curi motor yang menjadi-jadi membuatkan pelajar lebih berhati-hati dan berusaha mendapatkan tempat parking yang terbaik untuk baby mereka.

lagi gua tertanya-tanya perihal kejadian kecurian motor yang semakin menjadi-jadi ini. dimanakah isu keselamatan yang dijanjikan oleh pihak universiti. dimanakah letaknya integriti seorang sekuriti disebuah institusi bertaraf antarabangsa?

sibuk mencari kesalahan dari menjalankan tugas menjaga kepentingan pelajar-pelajar. ahh, dunia memang begitu. baru hari ini aku cari kesalahan mereka. kau orang nak cakap apa, cakaplah. kerana sebelum ini aku hanya duduk diam dan melihat mereka mencari kesalahan orang.

lagi aku tertanya-tanya. mereka ini tidak ada anak seusia dengan kami ke? gua rasa gua bangsat nak mintak rm50 kat bapak gua atas kesalahan no.50 iaitu parking motor vehicle at unauthorized area sedangkan kemudahan untuk parking tidak mencukupi untuk pelajar.

p/s- integriti tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

4 comments:

Q said...
This comment has been removed by the author.
Q said...

haha, even my lecturer pun kena saman jugak sebab park kereta pada tempat yg tak sepatut nya.
then yg sempoi nya lecturer ni dia cakap kat security guard:
where i'm gonna park my car? on ur head haa?? terus tak jadi saman. hehe

Amy Wong said...

gua main kejar2 dgn pak guard sebab rambut panjang. syok! hahaha

nurfarahain said...

memang betul.serious stress. masuk ni dah 5kali kena saman. nasib baik 2saman security cancel kan lepas buat muka sepuluh sen depan dorg. sabar je lah. bila tengok muka security je trauma. haha.