kasut

setiap orang ada kasut masing-masing. ada yang dari muda layan converse. mungkin nampak bersederhana tapi dalam masa yang sama masih dikatakan bergaya. ada yang gemar bertumit tinggi. mungkin mereka rasa rendah.

ada yang suka crocs. ada dua jenis pula. crocs ori-ori ataupun dari pasar malam. sukar dibezakan dari pandangan mata yang jauh. hanya dari pandangan yang dekat baru dapat dipastikan ketulenannya. ada yang suka berselipar jepun. ke kelas pun kadang-kadang berselipar jepun. mungkin mereka tahu protokol tapi saja buat-buat tak tahu. ataupun saja nak bajet sempoi, aku tak  pasti.

yang pasti, masing-masing ada kasut sendiri. apa yang aku cuba sampaikan disini lihat kasut kita dahalu kalau nak sibuk pasal kasut orang lain. letak tepi gadis-gadis yang memang dilahirkan untuk mengumpat atau bergosip. mungkin mereka suka berkaki ayam.

bukan aku tak kasi sibuk pasal orang lain. cuma tolonglah tengok kasut sendiri dulu. bangga la dengan kasut sendiri. manjakan kasut sendiri. fahamkan kasut sendiri. kan itu lebih enak dari mencanang cerita perihal kasut orang lain.

dan yang lebih penting, kadang-kadang kita kena letak kaki kita dalam kasut orang lain. rasa apa yang dia rasa. bukan hanya pandai berkata-kata. dan jangan bagi alasan dekat aku sebab perangai orang berkasut tumit tinggi memang boleh sibuk pasal kasut orang lain.

itu peraturan kedai kasut lu orang sendiri. tak payah nak buat-buat pandai. kang kena makan kaki baru nak diam. hidup kena fikir pasal keadaan orang lain, baru boleh bukak mulut. nak suruh orang ketuk ketampi, kau kena rasa dulu ketuk ketampi. nak ajar orang, kau kena rasa dulu diajar. nak tumbuk orang, kau kena rasa kena tumbuk dulu.

bukan sembang kosong.

p/s-aku suka kasut putih lacoste bertali tiga.

4 comments:

intan.maisarah said...

aku suka kasut warna biru muda saiz 4.

jak² said...

ko memang ada seni man. HAHA.
salute,bro. :)

hilman.fikry said...

intan- haha, aku teka kau tak suka ambil kisah pasal orang lain. janji kau bahagia dengan dunia engkau. biar org nmpk dunia kau kecil, tapi kau sendiri rasa dunia kau sudah cukup luas. =D

jak- takdelah jak. kau jgn nak pandai2. haha

Anonymous said...

tak ramai man yg nk masuk kt kasut yg busuk..people usually love to talk but never want to try..