tolong

rokok yang masih belum aku nyalakan itu, terjatuh dari bibir mencium lantai. aku tak kisah pun kalau tak ada yang mahu tolong ambilkan. dan kemudian aku tiada mancis, masih aku tak kisah kalau tidak ada sesiapa yang mahu tolong nyalakan. aku tak kisah, jujur memang aku tak kisah.

tapi aku kisah, kalau kau tiada disitu cubit perut aku kalau aku mahu hisap rokok. aku kisah kalau kau tak ada ambil kotak rokok aku dan sembunyikan dalam beg tangan kau. aku kisah sangat, kalau kau tak ada nak lepuk dahi aku kalau aku hembus asap dekat rambut engkau. aku kisah itu.

jangan pergi. aku tak suka menikmati saat gembira tanpa kau. aku kisah. tolonglah. jangan pergi.

3 comments: