selamat hari jadi abah.

semalam sebelum balik uia abah hulur rm50 buat duit belanja minggu ini. kawan abah menyampuk dari tepi, katanya cukup ke tu. abah cakap "cukup lah tu, kalau tak habis dekat duit rokok dia". pergh, gua diam batu je masa tu. tipu lah kalau tak terasa. tapi nak buat macam mana, gua tahan je lah buat-buat cool depan orang ramai.

kalau abah baca ini, saya tahu abah faham saya. sebab tu abah tak pernah marah saya hisap rokok. dia tahu, macam mana nak tegur saya. tapi, dari hujung kaki sampai hujung kepala saya mintak maaf dekat abah sebab beli beli rokok pakai duit abah. bukan tak mahu, tapi terpaksa.

sebab dulu gua nak ambil ptptn. tapi abah tak bagi. abah tak nak gua lepas belajar ada hutang. abah cakap dia boleh support lagi. kadang-kadang memang gua rasa kesian dekat abah gua. sebab tu gua kadang-kadang segan nak mintak duit dekat dia. kalau dah dua tiga hari makan maggi baru gua mintak. itupun suruh mak gua mintakkan. sebab, jujur memang gua segan.

hari ini birthday abah gua. tak ada apa yang gua boleh janjikan untuk dia. cuma gua nak dia tahu betapa gua bersyukur dapat ayah penyayang macam dia. walaupun dia tak tunjuk tapi gua tahu sayang dia dalam mana. maaf sebab gua tak dapat nak janji gua boleh berhenti rokok. awek suruh gua berhenti pun gua taknak. nak buat macam mana.

tapi gua harap abah gua tahu macam mana gua akan kenang jasa dia. betapa gua sentiasa bersedia berkhidmat untuk dia. betapa gua akan tetap berada di belakang dia menjunjung idealogi-idealogi yang dia bawa. betapa gua akan setia berada disisinya sehingga ke hujung nyawa kami.

biarlah masa yang menentukan segalanya. dan kalau rokok ini penyebab segalanya. gua rela pergi dulu dari abah. sebab gua rasa gua memang tak cukup kuat untuk menerima pemergian orang yang paling gua sayang dalam dunia. gua rasa memang gua tak mampu mandikan ayah di masa matanya tertutup dan tidak lagi mahu terbuka. gua rela pergi dulu.

dan, ayah kena tahu. duit abang beli rokok tak banyak. sekotak rm2.50-rm4.00. abang tak hisap rokok mahal dah. seminggu abang hisap 3 kotak. cukup lagi buat makan dan penabungan sedikit. terima kasih lagi sekali untuk segalanya. selamat hari jadi abah.

gua tujukan lagu ungu - tercipta untukku untuk ayah.

13 comments:

Q said...

:')
kalau mak saya baca ni mesti dia nak awak jadi menantu dia.
:)

hilman.fikry said...

hahaha, xpayah lah. dah la nakal, degil, hisap rokok lagi.

Q said...

abah saya perokok jugak.
mana tau dapat kongsi rokok sama sama.
kan mesra giteww.
haha

ENCIK TIKUS said...

aku hisap rokok jugak tapi tak pernah nak bitaw parents, tak tahu kenapa..

hilman.fikry said...

eyma- hahaha, sweet ek kongsi sama2. takdelah, saya tak hisap depan org tua. =D

en tikus- haha tak payah bagitahu pun dorang akan tahu. ataupun dorang tahu tapi buat tak tahu.

intan.maisarah said...

suka komen cik cekodok kat atas tu

hilman.fikry said...

haha, nape pulak..

Q said...

intan: eh, suka komen saya? haha

teddy: sopan nya tak merokok depan orang tua. saja nak buat saya jatuh hati lateww. ahaha :)

hilman.fikry said...

haha, apa pulak. abah dah pesan jangan hisap depan org tua. =D

Q said...

bagus lah. tu nama nya hormat.
:)
nak lagi hormat, boleh hulur sebatang secara free kat abah kitew nanti.
hahaha
wah, mesra nyewww.

K.A. said...

teddd i fell you mannnnnn!

Syairazi said...

sumpah comel....ak syak abah kau boleh isap rokok bace post kauni..las2 jadi share paertner beli rokok murah..d&j ke john keh

Outsiderz said...

stop lah smoking..
'aku tahu kau tak akan ikut punya:..
btw,
hepy bufday juga utk ayah kau

sejuta sanjungan dan rasa hormat utk mana2 lelaki y bergelar "ayah"..