7, 15 atau 20?

di antara menentang dan mempersoalkan adalah dua situasi yang berbeza. perbezaanya ialah apabila seseorang itu mempersoalkan sesuatu nyata dia telah menggunakan akal dan fikirannnya untuk berkata-kata. manakala apabila menentang, ada kemungkinan individu tersebut tidak menggunakan akal dan fikirannya kerana menentang boleh terjadi dengan tergesa-gesa apabila kerana rasa tidak selamat dan ingin mempertahankan diri.


merujuk kepada beberapa individu yang selalu anggap aku sebagai menentang, mari kita lihat kembali situasi yang telah kita main bersama. kemudian, kalian boleh putuskan aku sedang menentang atau sekadar mempersoalkan. dan jika, kalian mendapati aku seorang penentang aku tidak mempunnyai sebarang masalah dengan kenyataan itu. dan jika kalian mendapati aku sedang hanya mempersoalkan, terima kasih kerana kalian berada dalam petak yang sama.


merujuk pada seorang gadis, dia pernah mengeluarkan kenyataan pada aku sebagai seorang pembangkang kerana aku selalu berada di sebalik dari apa yang kerajaan usahakan. umpanya ketika aku mengulas perihal gagasan 1malaysia, dia sabitkan aku sebagai penentang daripada memilih aku sebagai seorang yang sedang mempersoalkan sesuatu. contoh yang aku boleh usulkan disini, seorang rakan aku mengajak aku untuk makan malam di McD Kota Damansara. diantara jawapan "taknak lah, aku tak suka makan tempat mahal" dan "kalau makan tomyam abe kelantan tu kenyang tak?" kau orang rasa aku jawab yang mana?


merujuk lagi pada seorang gadis yang melalui perbincangan ilmiah dengan aku di fesbuk dua tiga hari yang lepas tentang isu salah guna bahasa di dalam laman sesawang. sedang aku sibuk menguruskan beberapa urusan di tempat kerja aku tidak dapat membalas huraian beliau dan akhirnya perbincangan itu diakhiri dengan kenyataan "give up ke bang? taknak lawan dengan i lagi?". penggunaan kata dasar lawan disitu secara tipikal buat aku fikir dia rasa aku sedang berlawan dengannya. mungkin aku lebih gemar gadis yang akan tulis "beb, tak ada soalan mencabar lagi ke?". gadis yang tegap, tidak suka memberi-beri dan benci hidup untuk sekadar menerima.


mengulang kata-kata seorang sahabat lama 'biar apa orang fikir pasal kita, asalkan kita hidup bahagia' memang selalu meniti di bibir-bibir masyarakat. perubahan dalam hidup memang ada. secara sedar atau tidak sedar itu atas inisiatif individu. aku ingat lagi ketika aku seawal 7 tahun, aku pernah cuba membaca bible yang disediakan dalam bilik hotel tempat aku menginap. kemudian, pada umur 15 tahun lagi sekali aku membaca bible di mph. dan sekarang pada umur 20 tahun aku lagi sekali membaca kitab itu dan aku mendapati fahaman aku pada setiap peringkat ini sungguh berbeza.


tapi aku tak pernah salahkan manusia yang sudah berumur 20 tahun dan membaca kitab itu dan fahaman mereka sama ketika aku berumur 7 tahun. perasaan takut memenuhi jiwa. tetapi perasaan ingin tahu yang terlalu kuat buat aku terus membuka bible itu. kemudian, selesai serangkap aku terus tutup kerana terlalu takut agama aku akan bertukar secara automatik. pemikiran umur 7 tahun, apa boleh buat. HAHA. jadi, pilih lah di mana tempat anda berada. 7, 15 atau 20.



No comments: