Remaja, Ibu Bapa & Roti Pisang.

tadi sesi kedua teh o ais bersama rakan-rakan biasa. cuma malam ini ecah buah hati del turut serta dalam sesi 1mejamamak. tanpa banyak isu berat, kami teruskan mengupas isu-isu kecil dan jadikan 1mejamamak sebagai medium masing-masing berkongsi pendapat masing-masing dan menilai keputusan akhir yang perlu dibuat.

masing-masing cuba berkongsi rasa jadi remaja. masing-masing cuba menilai kedudukan diri sendiri dalam masyarakat. cuba sedar betapa kerdilnya kami ketika sedang membincangkan isu negara. perbincangan yang mungkin tetap akan berakhir di atas sebuah meja kedai mamak. ataupun ada individu yang bangkit untuk juangkan isu ini. ataupun kami ini memang datang dari golongan malas dan hanya tahu menggunakan air liur sebaiknya tetapi tidak mahu melakukan sebarang tindakan kerana komitmen masing-masing terhadap keluarga, pelajaran, wanita dan minat kami sendiri.

aiman mulakan perbualan dengan isu didikan ibu bapa zaman dulu, sekarang dan bagaimana pula pada zaman kami nanti. zaman dulu, anak-anak muda semua keras. tampar, rotan, jeritan semua alah tegal biasa pada mereka. jadi produk anak muda dulu lebih perkasa dan gah. dan zaman sekarang pula, lebih terbuka namun tidaklah terlalu terbuka. cuma sifat-sifat manja mula hadir dalam remaja zaman sekarang. pantang dicubit nangis, ditegur memberontak. anak-anak muda yang semakin memilih. tak mahu mewarisi suzuki vitara lama ayahnya. mahu kereta baru, paling standard pun myvi. lalu, kami terfikir bagaimana pula zaman kami kelak?

sedikit sebanyak kami tidak salahkan didikan ibu bapa kami cuma kami ada mendapati sedikit kekurangan pada cara mereka. contohnya ali berumur 15 tahun pulang lewat maghrib kerana pergi beriadah dengan rakan-rakanya dan tiba sahaja ali di rumah ibunya terus menengking "kau pergi mana haa balik-balik lewat senja-senja ni? kau nak jadi apa ha?". ali yang sedikit ketakutan cuba menjawab dia bermain bola bersama ah keong dan sami tetapi pantas ibunya memotong dengan menyambung "ha, menjawab-menjawab. mula la tuh nak jadi kurang ajar". ali sedikit kaget kerana baru tadi ibunya memberi dia tugas untuk menjawab soalan tetapi kemudian dia dituduh kurang ajar kerana ingin menjawab pertanyaan ibunya.

kemudian kami cuba kupas sejauh manakah kebenaran pepatah bapa borek anak rintik. benarkah sifat dalam diri seorang yang kaki perempuan diwarisi dari ayahnya. benarkah cara pemanduan seseorang dipengaruhi oleh cara pemanduan ayahnya. hingga ke cara berfikir, cara berkomunikasi, cara berdiri di depan khalayak ramai dan pemangkahan kertas undi sama ada dacing, roket mahupun anak bulan. adakah itu semua diwarisi oleh ibu bapa mereka. signifikan kami hampir berjaya nampak. kerana hampir 80 peratus anak-anak ini mengikut cara ibu bapa mereka. adakah kerana mereka meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada ibu bapa mereka ataupun mereka tidak mampu menjana idea-idea baru dan cuba untuk berdiri dengan sendiri? cuma, yang kami benar-benar pasti. benar kata raihan, iman tidak dapat diwarisi. tidak semestinya anak hakim negara adil dalam buat keputusan untuk rakan-rakannya. dan tidak semestinya anak ustaz imam pertama masjid daerah hafal doa qunut dengan lancar.

ahh, macam-macam kan cerita didikan ibu bapa ini. bagi kami ianya tidaklah terlalu subjektif dan sukar. cuma,
kami tidak meletakkan keputusan akhir pada mana-mana analisis kerana pada akhir nanti kami jumpa konklusi yang penting adalah inisiatif individu masing-masing. yelah, kalau dah ayah suruh makan tahi. tak akan kita nak makan kalau kita dah tahu benda itu tidak mendatangkan kesan baik pada kita. cuma, kesian pada golongan yang tidak tahu khasiat taik ataupun golongan yang disuap paksa juga taik dalam mulut mereka.

kemudian kami cuba membezakan ibu bapa tempatan dengan ibu bapa antarabangsa. disana, kes saman ibu bapa sendiri itu terlalulah normal. dan kita disini masih cuba pegang pada budaya sopan santun yang telah mengajar kita dari kecil bagaimana untuk menghormati ibu bapa kita. dalam agama sendiri pun mengajar kita betapa mulianya kedudukan ibu bapa dalam pokok keluarga. dan betapa penting untuk kita bekorban dan taat dengan perintah mereka. kemudian cerita bagaiman doa anak soleh dapat menjamin syurga untuk ibu bapa mereka. jadi apa yang menetapkan tahap soleh seorang anak itu? adakah datang dari ibu bapanya atau pun diri dia sendiri yang perlu sedar betapa dia perlu menjadi anak yang soleh agar doanya di tepi pusara ibunya diterima tuhan kelak.

tapi bagaimana pula budaya minum minuman keras dengan bapa sendiri?

boleh tahan rumit isu institusi keluarga ni. sama sofisketed macam perbincangan isu negara semalam. aiman baru menghabiskan roti pisang yang baru diorder tadi. gua kurang pasti apa signifikan dia order roti pisang sedangkan menu tetap dia adalah indomee telur mata. mungkin kami sedikit pisang malam ni. jadi masing-masing ambil keputusan untuk pulang awal dan mulakan hari esok dengan sedikit awal selepas tamatkan sesi 1mejamamak dengan konklusi yang dipersetujui oleh semua pihak.

p/s - tak mahu teka konklusi kami?

1 comment:

hatibudak said...

dah lama xmembaca tulisan putih, isu ni nmpk mcm dikupas cantik. sayang xda sapa tinggal kesan..

anyway. apa konklusi yg dah dipersetujui tu (: