Remaja, Politik & Teh O Ais Limau.

semalam ada melalui sedikit perbincangan separa serius dengan teman-teman. bertempatkan kedai mamak sebelah pasar besar taman tun. biasalah isu-isu negara hari ini - dari politik, ekonomi, pendidikan. bermula dengan isu bersih 2.0 sebagai salah satu agenda pembangkang dan diketuai ambriga yang bukan datang dari kaum kami bertiga. kemudian ke isu pendidikan negara yang bangsat. bermula dengan perbincangan ringan tentang pemandangan manusia sejagat semata-mata terhadap sijil akedamik tetapi pelajar-pelajar vokasional dianak tirikan. kemudian sistem spm yang melahirkan pelajar yang hanya tahu menghafal bukuk teks dan juga isu anak-anak cina yang masih tidak dapat menyambung pelajaran ke ipt walaupun sudah mengambil stpm dua kali dengan keputusan yang lebih cemerlang dari melayu.

perasan tidak perasan kami beralih kepada isu yang sedikit berat iaitu ekonomi negara. bagaimana putrajaya dan cuberjaya dapat membantu ekonomi negara berkembang. kemudian perbezaan cara kaum cina dan melayu bekerja. hinggalah ke apek bengkel kereta klepet harga mahal dekat orang melayu dan juga melayu yang gemar main santau rakan sebangsa buka kedai makan dekat sebelah kedai makan dia. perbincangan mengenai ekonomi antarabangsa juga terselit sedikit. dimana kedudukan malaysia antara amerika syarikat dan rusia. hinggalah bagaimana negara korea utara yang mengamalkan sistem komunis tidak dapat membekalkan makanan secukupnya pada rakyat tapi ditakuti oleh amerika syarikat oleh kerana teknologi nuklear yang mampu memadam nama amerika syarikat dari peta dunia.

perbincangan diteruskan dengan tenang. asap rokok terus melewati anak mata merah. milo suam, teh o ais ditambah lagi dalam bil.

masuk pula pada isu individu pemimpin. cuba mencari kebenaran siapakah yang paling berkaliber. benarkah anwar main punggung. ataupun dia hanya difitnah. hinggalah pada najib yang telah banyak melakukan perubahan pada negara, tapi masih tidak dapat mengawal liar orang rumahnya. isu cincin berkat menabung dari kecil terus membakar jiwa anak muda kami. kemudian cerita kelembutan nik aziz dengan rakyat-rakyat. perjuangan secara islam yang dibawanya kepada negara malaysia. satu negara yang majoriti orang islam tetapi kami sedar malaysia bukan sebuah negara islam. kami cuba mendalami bagaimana mereka berdiri. cuba rasa betapa sukarnya untuk memuaskan hati semua orang.

kalau disuburkan tanah, bersoraklah si petani. maka, dilihat jelek pula si nelayan. tapi, kalau dimeriahkan laut dalam dunia ini tanpa tanah yang subur berteriak lah si nelayan pula girang. si petani pula duduk diam bengang memberontak menuntut hak masing-masing.

perbincangan menjadi semakin kompleks. isu yang dihuraikan semakin dalam. percanggahan kadang-kadang timbul dan menghangatkan suasana. masuk pula isu yang lebih bergetar. bagaimana mahu melahirkan malaysia yang bersatu padu. ataupun itu semuanya mustahil? melayu sudah pegang kerajaan. cina pula sedang memperjuangkan kebenaran tetapi dalam masa sama sedang menjatuhkan melayu di atas yang sedang goyang kaki senang lenang. india pula cuba selit dimana yang dia mampu. kemudian datanglah cerita bagaimana mulianya nabi muhammad dulu memerintah empayarnya. bagaimana cara dia melayan orang bukan islam. bagaimana dia berdoa pada tuhan minta diampunkan orang-orang jahil yang baling batu padanya ketika ia berdakwah.

mula lah masuk isu agama. bagaimana pula yahudi dengan idealogi 'divide & conquer' cuba untuk menjatuhkan orang islam. hinggalah pada kebodohan orang malaysia yang boo benayoun pada perlawan malaysia menentang chealsea yang lepas. kami cuba membuka pemikiran sempit orang malaysia yang update status 'yahudi babi ! mari bunuh yahudi' daripada update status 'hai kawan-kawan, mari kita selidik kepandaian orang yahudi dan kita menentang mereka dengan cara yang sama daripada hanya tahu mengangkat pedang dan menjadikan pertumpahan darah'.

rokok terus dibakar lagi. asap masih sama warnanya. ais dalam gelas cair menghilangkan warna teh o ais yang asal tadi. 

perbincangan diteruskan pada isu melahirkan pelajar dan remaja yang intelektual. yang berfikir sebelum berkata apa-apa. yang tidak mudah terpengaruh dengan didikan orang kebanyakkan. menilai keputusan tanpa dipengaruhi orang ramai termasuk ibu bapa sendiri. isu melahirkan remaja yang sedar dimana dia berdiri. yang tahu kekuatan suaranya. yang tahu tugas dia sebenarnya. yang cuba meletakkan diri dalam kasut orang lain dahulu, bukannya hanya tahu tuduh melulu. yang hanya tahu tuding jari, tanpa rasa ingin turun padang. yang tumpang senang dengan kemudahan orang lain. ahh, banyak sungguh jenis remaja. belum masuk cerita remaja kayuh fiksi malam tak pakai topi keledar. ataupun remaja melayu yang semakin berani minum arak dihadapan orang ramai. dan juga remaja cina yang hidupnya melewati kafe siber bermain permainan online.

macam-macam isu yang dikupas. jam melewati 5 pagi. lori sampah kelihatan melakukan tugasnya supaya negara kekal bersih dan selamat. dan kemudia kedengaran azan subuh sayup dari masjid berdekatan. masing-masing ambil keputusan berdiam diri menghormati azan. hinggalah kemudian azan habis.

A : Man, sembahyang kau cukup tak?

B : Boleh tahan berterabur dia. Kau del?

C : Aku dua semester dah tak pergi solat jumaat. Terukkan.

B : Syaitan kuat sangat doh.

A : Yeke, bukan kita pun memang dah setan?

C : Haah ek, lepas tu ada hati sibuk nak betulkan orang atas.

A & B : Erk.

A ambil bil dan terus ke kaunter pembayaran, dan B ke tandas mahu terkencing rasanya. C pula menyalakan rokok di bibirnya sambil melihat kucing yang tenang duduk di bawah meja.

p/s- kami sempat membuat konklusi - peganglah pada quran dan hadith. maka selamat sempurna segalanya.

2 comments:

ENCIK TIKUS said...

engkau mesti yang c bukan ? hehe..

lame woi tak update.. mane pergi haa ?

hilman.fikry said...

haha, kimen. kau ada kuasa teka watak ke ape.

tulah pasal. baru-baru nak mula balik. banyak urusan dunia hari tu. haha