Hai, Testis testis 1,2,3. Saya Hilman Fikry.

Ahh, dah lama sangat aku tinggal tempat ni. Rasa pelik pula duduk disini menaip. Bukan apa, cuma tertanya masih diterima aku ini. Kali ni aku sendiri tak tahu apa yang membawa aku ke mari. Tak ada niat pun nak hidupkan balik tempat ini, apatah lagi nak kuburkan terus.

Mungkin diatas permintaan beberapa pihak minta mahu baca tulisan aku lagi kot yang mendorong. Tak pasti dekat mana aku tabur gula untuk tulisan aku, tapi itulah comel je ada dua tiga ekor semut nak datang singgah. Aku tak ingat kali terakhir aku aktif berkomunikasi dengan blog.

Mungkin perubahan hidup yang terlalu banyak membuatkan aku jauh dari menulis. Ingat lagi Harith pernah cakap dekat aku "blogger best ni selalu tak tulis lama lama". Persoalannya aku best dekat mana Harith ada memberi alasan dia sendiri. Aku terima dengan ucapan terima kasih.

Aku masih belum pasti nak kongsi isu apa. Buat masa sekarang aku menanti jugak cadangan dari sesiapa. Bagi aku tajuk pun tak apa. Bukan apa, aku serius lupa cara aku menggedik tulis blog dulu macam mana. Sebab sekarang aku tak dapat rasa perasaan yang sama masa aku menulis dulu.

Secara tak langsung aku rasa tulisan lepas ni pun sedikit banyak akan berbeza dari dulu. Aku rasa je lah. Kalau tak, tak mengapalah. Mungkin dengan perubahan ini juga membawa aku pada satu komuniti baru dengan pemikiran yang berbeza. Bagi aku situasi ini sama dengan kita baca bible bermula pada 7 tahun, kemudia 15, 20, 30 dan seterusnya. Setiap kali baca membawa pada pemahaman serta pengeluaran idea yang berbeza.

Jadi, memandangkan usia aku yang baru masuk 20 an ini akan menghasilkan produk yang berbeza berbanding dengan tulisan aku masa belasan tahun dulu. Dan aku sangat yakin penukaran pembaca juga akan berlaku.

Tak ada apa yang aku masih boleh janji selepas ini, tapi aku sangat berharap cara pembawakan aku menulis selepas ini akan diterima. Semua sokongan akan dibalas dengan ciuman di dahi sebelum tidur. Mungkin ciuman itu tidak indah seperti pujangga lain, tapi aku janji ia akan penuh dengan air liur. Sehingga bertemu lagi kita, jaga diri cayunk.

No comments: