selamat hari ibu

hujan turun berlari2 ke bumi seperti hari2 semalam.kesian lak kat adik aku yang kecik tu.tak dpt nak tgk tv.[astro currently not in services].apa lagi,mengamuk lah dia.pastu mintak susu.mcm syal je.kalau lah aku dpt jd kecik balik cam dia.aku lah raja.nak ape2 nangis je.da dapat senyumlah.best kan.

*****************

aku teringat kisah ni masa aku kecik2 dulu.masa tu aku tggal kat umah datuk aku lagi.biasalah,parent aku nak saving duit sewa rumah,diorang tggl kat umah datuk aku.lagipun rumah tu memang besar.4 adik beradik tggl sekali.

masa tu kat rumah,aku,mak aku dgn datuk aku je yang ada.sedang aku asyik bermain lari2 anak di luar rumah,hujan turun dgn lebatnya.guruh berbunyi menandakan si kilat akan keluar.kepala otak aku pun jam.xtau nak buat apa.time tu astro pun xda.aku igt ad mTV jeh.itu pun aku hafal nak bukak cartoon network je.sebub,mak aku siap tulis manual lagi nak tekan butang apa di atas sekeping kertas A4[siap dgn gambar rajah tau].bengap x bengap la aku kecik2 dulu.

tibe2.elektrik tak da.dengan berbekalkan hati,bentuk fizikal serta otak budak2 semestinya aku berasa takut.lalu.aku lari terus kat mak aku.datuk aku yang macho keluar dari bilik.mungkin dia nak pergi betulkan kot suis yang ditendang tu.siap bawak tongkat kepala ikan emas dia lagi.huhu.aku lepak ngan mak aku dekat tangga umah.gelap gila! tak nampak pape.nmpak la sikit muka mak aku yang cantik tu[elaun bulan ni naik sket eh mak].

"mak,abg takut lah.abg pernah mimpi macam ni."kata aku kat mak aku setelah terigt aku penah bermimpi kilat sabung menyabung.dan utk pengetahuan korag,dalam mimpi itu aku mati.itu pasal aku takut.

mak aku pun pegang tangan aku sambil berkata"kalau takut baca Al-Fatihah byk2 kali."

aku pun percaya lah dengan kata2 mak aku.dan terus membaca kuat2."bismillahirrahmanirrahim..alhamdullilahirahmanirrahim.."tiba aku ditepuk di kepala dgn sederhana kuat nya oleh mak aku.petepek! bunyi menguasai suasanana.

"laa.tau lah takut.jgn lah sampai baca Al-Fatihah pun salah"mak aku menegur.

aku malu beb.buleh la pulak baca salah kan.ni kalau nenek aku dgr mahu kene terajang je td.
sebab nenek aku yang ajar aku hafal surah2 pendek ni.aku pun bacalah lagi sekali dengan mak aku same2 supaya aku tdk mati hari itu.

dan sekarang aku rindu suasana itu.yela,xkan da besar2 cmni tibe2 kilat aku pergi lari kat mak aku pastu peluk dia baca Al-Fatihah kuat2.memang nak kene kurung dalam tandas 12 jam lah.
hahha.ape2 pun.aku nak ucap terima kaseh kepada mak aku yang banyak mengajar aku erti hidup.

ucapkanlah selamat hari ibu kpd ibu anda kerana tiap2 hari itu ialah hari ibu.chill!