Pokok Epal



perubahan.sesiapa boleh berubah.betul,si banduan boleh jadi jutawan. si akak pondan boleh jadi perempuan. yang tok imam pun ada juga yang bertukar menjadi digimon. apa2 pun, perubahan yang kita harapkan biarlah dari hitam ke putih.

hari ini,aku menyaksikan perubahan kecil untuk dunia biarpun satu dunia tidak melihat perubahan itu.hidup aku sinonim dengan acara-acara memperkasakan kehijauan bumi ibuku.
berlandaskan tanah Hutan Simpan Raja Musa, kami berkerah tenaga menanam kembali pokok2 yang dulu sudah ditebang oleh kuda2 yang tidak bertanggungjawab.


rajah 1.0.

suatu ketika dulu,ini lah legasi tanah kita. menjadi tempat sang unggas berorkestra, menjadi pelabuhan sang semut ketika bermusafir, menjadi kedai kopi untuk si monyet2 mahupun tempat berteduh si nenek kebayan.

anda perhatikan rajah 1.0 di atas.pokok balak besar ini mungkin telah mati 5 hingga 6 tahun yang lalu. tetapi anda lihat kehijauan masyarakat penumpang yang cuba menghijaukan ia kembali.dan mereka berasal dari ribuan tahun2 yang lalu.anda lihat perjuangan itu.dan kita yang berakal ini.bagaimana?


efii with kak aisyah.

dulu.aku sering cuba untuk mengajak rakan2 turut serta dalam acara ini.bagi aku, ini bukanlah seperti perjuangan.tapi ia nya kehidupan.tapi ramai mulut berkata2 "alah, korang kutip sampah je kan? malas aku nak ikut".

aku? senyum.sama seperti mereka diatas.kerana,terlibat dalam kehidupan begini memang menjauhkan anda dari kegelapan.melayarkan kegembiraan dengan teman2.pergaulan tanpa batasan.memberi anda peluang untuk bersuara dengan sesiapa biarpun dengan datin2.


3 budak myspace seronok menanam pokok.

bersama aku hari itu juga rakan baru.3 orang anak angkat ayah aku.buat pengetahuan kau orang,ayah aku bertanggungjawab ke atas pemulihan 20 orang budak sekolah menengah berdekatan dengan rumah aku.berikutan pihak sekolah tidak mahu dan tidak mampu.ayah aku bingkas berdiri dan menyatakan hasratnya untuk memegang kanak2 ini.pelbagai perubahan disaksikan, membuat guru2 yang hanya tahu bercakap kosong dan menjadi guru semata2 untuk beli susu anak dan bukannya mendidik terus menganga besar.


uncle lim hero dunia.

ini uncle lim.pertama kali aku nampak dia, aku dapat rasakan seperti ada sesuatu dalam dirinya.
sesuatu kebaikan. dia hadir ke acara ini seorang diri bertemankan dengan gigi emasnya. sedang dia sibuk menanam pokok, aku cuba menghampiri uncle lim.

aku : hello uncle, tak panas ke?
uncle : betul,manyak panas,u orang suratkhabar ka?
aku : eh,bukan uncle bukan.saya tangkap gambar saja2 je.
uncle : baguih2.manyak baguih.
aku : uncle dari mana?
uncle : im from kamunting.
amboi,nak speaking pulak.
aku : ouh.uncle,saya mahu tanye sikitlah.uncle suka tanam pokok ke?
uncle : adoi,u gila ka tanya itu macam.kalo uncle tak suka, uncle tanam sekarang untuk apa?
hey kawan, mari uncle mahu cerita.dulu, uncle kerja itu pembalak, itu potong
pokok punya orang. lu jangan pukul uncle.uncle belum habis celita.lepas itu,
uncle berhenti.anak uncle marah uncle.dia bilang tak baik potong pokok.nanti dia
mahu tinggal kat mana.seminggu uncle nangis.
aku : ouh.itu macam.uncle hebat.
uncle : kamu lagi hebat.
aku : uncle, saya mahu tulis pasal uncle.boleh?
uncle : ayoh! kamu org berita la ni macam.boleh2.
aku pun pergi sambil tersenyum.


dia.

konklusi? tiada.bagi aku,hidup tak perlu konklusi.ia nya seperti penutup.tiada penutup dalam hidup ini.hidup perlu diteruskan setiap minit dan saat.pokok di atas, aku tanam dengan jari jemari aku sendiri.dan harapan aku dia juga boleh berubah.dari sekecil ini hingga sebesar yang mungkin.dan ketika itu, aku akan membawa isteri2 serta anak2 ku untuk melihat pokok yang ditanam oleh papa mereka ini.

apa yang penting.kau orang kena tahu.ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.tiba2 salah seorang ibu 3 budak myspace tadi menelefon bertanyakan dimana lokasi mereka.pada mulanya si ibu tidak percaya.tapi selepas mendengar suara ayahku ibunya terus percaya.dan aku ingat kata si budak itu "mak,best.hari ini orang tanam pokok. orang siap jadi kuli artis lagi".

terkedu aku.biarpun ini kali pertama buat mereka.dia seronok menanam pokok biarpun tidak suka pergi ke sekolah.macam mana cikgu? =D

mahu mengubah perubahan? ayuh.
www.yawa.org



4 comments:

shned shahabuddin said...

ey apasal ade aisyah sinclair? u sedara dgn dia ke?

Asmidar Azizan said...

saya suka :)

hilman.fikry said...

shnnned-xdelah.close friends!kenal dari i kecik.=D

mya-sumpah syg u! huahha.

oranglidi said...

ayuhh.. reformasi!

di blog wa

http://cakapwa.blogspot.com/