selamat bercita2!

mak cik didi tanya saya.apakah cita2 saya.dan saya khabarkan padanya bahawa saya tak punya cita2.kerana bercita2 tinggi tetapi tidak dapat mencapai apa yang anda inginkan sebenarnya mengundang kesakitan.jadi saya beritahu padanya expect less, get more.tapi beliau menyangkal kata2 itu.cik didi.untuk anda tahu.saya punya cita2.tahniah buat anda kerana meneka saya seorang yang bercita2 tinggi.tinggi cita2 saya.pertama sudah tentu saya ingin berjaya dalam pembelajaran saya supaya suatu hari nanti saya akan menjadi seorang pereka dalaman yang segak.dari situ saya akan menghias rumah2, kamar2, mahupun bilik mandi anda semua.kemudian,saya juga bercita2 menjadi penghibur.bukan mengejar nama.percaya la,dengan 6 tali gitar saya,saya hanya ingin berkongsi melodi saya.supaya anda dapat membawa apa yang cuba saya bawakan.supaya anda dapat menerima apa yang saya terima.selepas itu, saya juga bercita2 menjadi penulis.entah, mungkin di majalah.di internet ini juga mungkin.mahupun buku saya sendiri bergabung dengan rakan2 penulis lain.tetapi bukan di akhbar2 yang menulis dengan sebelah tangan di syurga dan sebelah tangan lagi di nereka.itu bukan cara saya.selain itu saya juga bercita-cita untuk berkahwin dua.ramai menghalang.entahlah.masing2 punya bicara.apa yang saya nampak kebahagian saya membawa dua orang isteri saya lepak petang main layang2 sama2 dengan anak2 dan mereka berdua amatlah masuk air dan bergelak ketawa bersama.membawa maksud mereka berdua gembira dan saya puas.selain dari itu, antara cita2 saya untuk memiliki sebuah vespa yang di cat putih mutiara diselangi biru muda dan juga sebiji kereta tempatan sama ada kelisa,kancil ataupun viva yang telah dihias secomel2nya.selain itu, jika saya berpeluang saya mahu anda juga turut serta dalam cita2 hidup saya ini.tidak kisah lah di bahagian hidup yang mana.itulah cita2 saya cik didi.hidup ini jangan biarkan ia kosong.akhir sekali,saya bercita2 untuk terus bercita2.

2 comments:

didi said...

aku ske cita2 ko yg pertama dan kedua.je,hahaha.ko ni mcm patriotik ar.bgs punya rakyat.

Munira Ramadhan said...
This comment has been removed by the author.