9 perkara Mereka mahu dari Kita.

Selain mencari makna hidup sejati serta kelazatan hot dog sejati, kita selalu tertanya2, "Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?". Sebagai ciptaan tuhan yang kompleks mereka beroperasi dengan keinginan berbeza dari kita. Oleh itu, mereka senaraikan 9 perkara yang mereka inginkan dari kita. Dan semestinya tidak tersenarai cincin permata kutub utara ataupun barang2 mewah lain seperti yang selalu mereka inginkan daripada kita. Tetapi, hari ini senarai permintaan berubah wajah. Mari lihat.

1.Hormat (Respect). Mereka nak lu orang tunjuk hormat kat diorang. Sopan santun. Jangan nak melantun je. Pendapat mereka, kerjaya mereka, minat mereka, kawan mereka, dan paling penting tubuh badan mereka. Lu orang tak semestinya kene setuju apa dorang cakap. Tapi hargai percakapan mereka. Ikut Peraturan Emas dan layan mereka sepertimana lu orang ingin dilayan : Jujur, Adil, Ramah, Tolak Ansur.

2.Romance. Perkara ni tak perlu diulas lanjut. Masing2 tahu tugas masing2 hendak meningkatkan bibit2 berahi buat pasangan masing2. Lilin diatur kemas menemani malam. Layan mereka seperti teman wanita lu orang walaupun dah 7 tahun korang kahwin. Benda2 kecil je. Malas nak cakap. Tak kan nak pegang2 dalam kereta pun gua nak kena ajar. Aduh. Kadang2 tolong la kemas rumah, tengok anak2 ke. Bawa pulang sejambak bunga biarpun tanpa sebarang agenda. Mereka bukannya mahukan ros putih merah kuning selori. Bahkan bunga tahi ayam juga mampu buat mereka tersenyum.

3.Masa (Time). Mereka tahu hubungan bukan macam makan kacang ; mudah berharap masa akan menentukan segalanya dan menentukan tujuan untuk bersama mereka dan melayan mereka menjadi keutamaan hidup kita. Bukan pada surat cinta atau hadiah bertimbun, cukup dengan lu orang tolong diorang lap lantai ke. Cukup kot? Dan di zaman sekarang ini, apabila dua2 pasangan bekerjaya harapan mereka menggunung jika lu orang sampai rumah dulu dan pergi basuh baju sikit ke. Takpun setelkan tong sampah yang penuh. Dan apabila mereka pulang ke rumah, peluang anda mendapat kucupan berahi lebih tinggi.

4.Melantak ( Dinner). Realiti rumahtangga. Lu orang mesti tak pandai masak. Macam gua la. Nak masak air pun gua tak reti. Tetapi, cukup dengan donut strawberry tak pun karipap cik sanah yang korang beli menyambut mereka di pintu membuatkan mereka tahu anda tidak pernah lupa pada mereka.

5.Komunikasi ( Communication ). Mereka spesis manusia bervokal. Mereka tahu lu orang sayang mereka. Tapi menjadi kepuasan untuk mereka hembusan kata2 indah pada telinga mereka setiap waktu. Lagi satu. Kalau lu orang rasa diorang tengah hot. Jangan lupa bagitau. Mereka rasa dihargai. Tuntut lagi kasih sayang mereka. Puji sambal sotong yang mereka buat untuk lu orang. Ingat apa yang diorang buat untuk lu orang. Itu je dorang nak ; rasa usaha yang mereka letak dalam hubungan korang.

6. Konsisten. ( Consistency ). Mereka bukan bosan ataupun mudah dibaca. Mereka cuma mahu anda beri kasih sayang yang cukup serta sokongan yang padat. Biarpun tiada orang yang sempurna, semua orang harus cuba. Kekuatan anda seiring dengan perjalan hidup mereka membuatkan mereka rasa dalam dunia yang selamat.

7. Ceria ( Humor and Humility). Perkara ini wajib seiring dalam hubungan lu orang. Bukan maksud lu orang kene tengok Raja Lawak kemudian hafal lawak2 mereka lalu persembahkan pada mereka. Cuma cukup anda bergelak tawa dan menunjukkan anda sedang gembira. Lelaki yang suram mampu mengubah dunia menjadi hitam.

8. Cabaran ( Challenge ). Dalam mengharungi cabaran hidup masing2, terbukti pasangan yang kuat dan dapat memegang tangan pasangan mereka dengan kuat bakal berjumpa dengan kejayaan. Oleh itu, lu orang memang diperlukan untuk jadi tulang belakang mereka dalam masa yang sama ciptakan dunia penuh cabaran buat mereka.

9. Semua jawapan diatas. (All anwers above). Bla3.Bla3.Bla3.






4 comments:

cik beLLanan said...

amat memahami pompuan ye.
ley jd suami meetali nih.
;p

hilman.fikry said...

haha.yeke.apa lagi.isi borang la. borang pun tggl brape keping je nih. haha.

Unknown said...

isi borang untuk 1st step ke 2nd step neh..ke berstep2 dah

hilman.fikry said...

haha. step by step. =p