peminta sedekah terpimpin.

sedang gua enak melayan chicken chop bersama keluarga di sebuah restoran tidak jauh dari kota, datang sepasang manusia berusia 40-an.status mereka tidak dapat diterjah kerana pelbagai andaian boleh dibuat.mungkin mereka suami isteri, mahupun adik dan abang, mahupun jiran tetangga.tapi yang pasti mereka peminta sedekah.

kelibat lelaki itu amatlah sadis.kedua2 nikmat matanya ditarik allah.dia tak mampu melihat.ditemani sepek hitam adidas di mata serta sejambak tisu kecil di tangan dia akan dikemudi pasangan nya iaitu perempuan itu kemana2 koordinat untuk meminta sedekah.

sehingga ke giliran meja kami sekeluarga, pak cik itu tenang berkata.

"Assalamualaikum, derma ikhlas untuk orang2 buta nak".

Kelihatan kelibat mak gua yang kurang senang terus mencapai tas tangannya untuk menderma kepada pasangan itu.

tiba2.

"tak payah, simpan balik duit tu"kata ayah gua.

aik.gua agak kaget.sejak bila ayah gua jadi kedekut ni.ini bukan ayah gua.mak gua pun dah buat muka ayam berak burger.

"mat,pergi ambik kerusi 2.bagi makcik ngan pakcik ni duduk"kata ayah gua padaku.

malas cakap banyak gua terus pergi meja sebelah.kelihatan awek2 muda sedang makan disitu.gua teka awek2 uitm shah alam.sambil2 membetulkan rambut gua berkata dengan lemah lembut.

"kak, ada orang tak duduk sini? kalau tak da, saya ingat nak pinjam kejap."kata gua.

"ambiklah.xde org pun"kata seorang gadis dengan muka agak manis.

selesai ambik kerusi.pada mulanya pasangan itu enggan duduk bersama kami.pelawaan kami ditolak.tapi gua pun kurang pasti, ayat apa yang bapak gua pakai sampai terduduk pokcik dan mokcik itu.

"nana,pergi order air sirap 2.dengan nasi ayam dua"kata ayah gua pada adik gua.

gua tenung ayah gua.gua tercengang dua saat.kemudian gua tersenyum.dan ayah gua senyum balik kat gua.

***

dalam kereta perjalanan pulang ke rumah. ayah gua bertitah dengan megahnya.

"diorang tu sidiket.kalau bagi duit.duit tu sampai kat orang lain.baik babah bagi diorang nasi ayam.diorang punya perut pun kenyang.hati babah pun riang.kau orang pun senang".

14 comments:

Anonymous said...

wa...tindakan ayah ko mmg bijak r teddyy!! bapak lu sempoi..

lu je yg pundek.haha

muah

Ini ialah Yaya Ismail said...

yeah.
betul tu.
dorg tu sindiket.
penat2 dorg jalan,
orang lain dapat duit dorg.
:)
best best.

Unknown said...

betul!

Midi Vader said...

syabas bette!

Lisa said...

respek sama babah! :D

hilman.fikry said...

jen-tp lu lg pundek dari gua.

alia-yup2!

lee medi liz- =D

Anonymous said...

wakakakaka..ayat simple,tp ade je wat aku senyum or gelak2..teddy2..i miss u

Unknown said...

btul2... bukan leh pcaya skrg ni..
kdg2 pun org yg mntk sdekah 2 leh jd lg kaya dr aku.. ohh tidakkk..
ermm tp ini lah budaya kita.. smpi bile beb..
klu jln kat mne2..rimas ngn org2 begitu..kesian pun ade.. huhuhu

Anonymous said...

btol tu, bkn dorg yg dpt duet tu..
saspek r ngan babah ko..

peerundas said...

teddy...
blogmu mampu membuatkan pipiku terangkat(tersenyum)...
bapa ko sempoi...
cm rambut ko je kompleks ckit...
huhu...
rindooo kamu...

hilman.fikry said...

jen- gua miss u too jen! top miss. =D

cik pingu-tah lah.apa yg berlaku kite kene cube hulur tangan,jgn pandai complain je.tp abuat pape.betul x?

aqida-bapak gua kirim slm kat u. haha.

peerundas-hahaha.asal ko misteri sgt weyh. spe ko sbnrnye ni.haha.

desperate ruumate said...

babah hot!

hilman.fikry said...

haha. anak pun hot jgk. =D

joie dusoh borhan said...

pergh.stylo bapak ko.dahsat!ak rse baik ko post balik antara entry pesal bpak ko awl2 tuh..bes doh.yg bpk ko ckp kias bnyk tuh.