lari dari nilai lama.

semua orang ingin berubah. gua sendiri ingin menganjak. menganjak dari takuk lama ke sesuatu yang lebih suci. dan memang cara gua hidup. berubah tanpa diubah. ya, kelihatan kurang ajar dan berego tinggi. tapa pada paksi yang sejati, jika dilihat tiada siapa yang mampu berubah jika tiada insentif dari hati sendiri untuk berubah. dan untuk setiap hari kita sering bermonolog sendiri. mencari saat dan titik permulaan untuk berubah. dan untuk gua. saat itu hanya seketika. percaya atau tidak kita akan kembali ke suasana lama. iaitu kembali ke nilai lama. walhal, diri sendiri sudah bertekad, berjanji untuk berubah. tapi masih kecundang di tengah garisan. salah siapa? tiada yang lain, kecuali diri sendiri. dan sekarang, gua sendiri tak mampu untuk merubah diri gua untuk menjadi insan yang lebih baik. tetapi, dari hari ke hari gua akan terus menolak nilai lama dalam hidup gua. gua mula sedikit demi sedikit. gua cari tapak permulaan. dan pasti, semua akan menyeru, Sembang! Mamat itu Sembang! ya, memang gua sembang. tapi bukan sembang kosong, tetap berisi biarpun sekecil kuman. dan untuk itu, gua buat kesimpulan, untuk kembali ke nilai lama. anda semua hanya perlu hidup bersederhana. itu lah tapak permulaan segalanya. bersederhana dari semua sudut imej. jangan tanya gua bagaimana untuk bersederhana kerana hanya diri kau orang sendiri yang tahu untuk mengemudi jentera hidup masing2 dan tahu dari arah mana untuk kau orang bersederhana. nampak serabut dan tiada motif. gua beri satu contoh. untuk hidup gua, gua dah pilih macam mana untuk hidup besederhana. dan dengan cara itu, sedikit demi sedikit gua pasti , gua mampu. jika tidak dapat si gajah, sang kancil yang bijak bestari pun cukup. cara gua ialah.
 
"saya menulis tanpa ditulis, saya menjunjung tanpa dijunjung" 


4 comments:

lumut said...

aku setuju..
kalau hidup itu bertahun2..
xkan bertahun2 juge berada pada takuk lama?
berganjak sikit2 pon kira oklah.
jangan mendadak untuk berubah ke arah yg lebih baik..

cuma bila jatuh dan kecundang untuk berubah..jangan susah untuk trus mencuba.

X said...

i always say to myself "every single improvements (baik kecil mahupun besar) is (already) a big achievement (ever)".

Melatidaisy said...

a secret of getting ahead is getting started..

teruskan menapak

innallah ma'ana :)

hilman.fikry said...

lumut-haha. anda tersenarai dalam golongan yang bersedi untuk hidup.

jagung-anda juga! tahniah.

melati-thank you. btw, can u just share with me what innallah ma'ana means?