Kisah Asrama 1-Pertama Kali Dibuli.

Ok. kisah pertama bermula. lokasi mrsm pasir salak. kejadian berlaku masa gua tingkatan satu. masih mentah dan suci. perkataan fcuk juga tak pernah dengar. ini kisah first aku rasa aku dibuli. buli memang perkara biasa lah yang akan terjadi dalam golongan asrama. buli secara fizikal dan juga mental. buat hati kering mereka akan kekal bertahan. golongan si sotong pula akan pulang mencari sarang.

kisah terjadi masa hari jumaat. secar teknikal kami akan menaiki bas ke masjid. pihak sekolah akan menyediakan 4-5 bas. semua bas kilang yang tiada air-cond, kemudian kerusi dipenuhi tulisan "ali wuz here" atau "meon love shida".

hanya satu bas yang menarik. iaitu bas maktab kami sendiri.

dan dijadikan kebetulan semasa pulang dari masjid gua dapat sentap bas maktab gua. ber air-cond, kerusi leather dan pelbagai kemudahan lain seperti pramugari, tandas, tv plasma dan sebagainya. dan semasa perjalanan pulang driver bas gua mungkin terlalu lapar sehingga memandu bas dengan laju. satu persatu bas2 kilang yang dipenuhi budak sekolah gua itu dipotong.

dan untuk bas terakhir, gua nampak kawan gua duduk kat belakang bas itu. semasa bas gua yang laju itu memotong gua dengan sedikit riak mengangkat jari hantu gua dan tunjukan pada membe gua. gua rasa megah dan bangga tanpa berfikir apa yang akan terjadi kelak.

sampai dipagar sekolah dan kami berjalan ke dewan selera untuk makan tengah hari. sedang gua berjalan itu, gua dengar satu suara.

"oi budak gemuk! sini kejap" jeritnya.

gua buat tak tau je. sebab gua sikit pun tak terasa. gua bukan gemuk pun. mungkin ditujukan pada insan lain. jadi gua buat bodoh sehingga suara itu terus memanggil gua dan tiba kolar baju melayu gua disentap keras. gua agak terkejut. rupa2nya senior gua. nama dia black. gua dengar cerita dia hidup cara black metal. gua kurang pasti itu benar atau tidak. biasalah mulut orang. gua malas percaya.

"kau tahu kau buat salah apa tadi?" tanya dia depan2 orang ramai semua.

"tak tahu bang." balas gua dengan cuak.

"kau kurang ajar tahu. kau ingat dapat bas laju kau boleh tunjuk fuck kat kite orang!" kata dia dengan muka tak puas hati.

babi.


gua ingat apa kes. rupanya benda tu.

"benda sekarang saya nak tunjuk kat kawan saya. bukan kat abang. abang janganla terasa" cakap gua.

petepek! gua kena lempang. dia bilang gua kurang ajar. dia kata malam ni jumpa kat belakang blok asrama pukul 11.

malam tu sumpah gua tak tenang. gua dah usap telinga gua. usap2 mata gua. takut je lebam malam jap lagi.
gua baca doa pedinding sikit sambil buat push up dekat dinding. konon bersedia untuk sesi membalas. padahal gua tahu memang gua tak berani balas pun jap lagi.

tepat kul 11 gua tunggu belakang blok. black datang ngan epit. senior gua jugak. tapi epit ni baik ngan gua. dia sayang gua lebih. kira kalau gua ada masalah dengan senior epit ni lah yang akan jadi sayap kanan dan kiri gua. gua nampak black pegang baldi. gua agak runsing. ingat bawak kayu besbol ke apa. huhu.

"woi gemok, epit tak bagi aku usik kau. kau cakap r terima kasih kat dia. kalau tak dah lama kepala kau masuk longkang ni" kata dia sambil tunjuk longkang sebelah tu.

"sekarang, hukuman mudah. kau basuh baju aku ni. aku tahu.esok kul 12 dah ada depan bilik aku" kata dia mudah.

gua yang agak panas kena buli gua rasa tertekan. biasalah first time kena. tapi gua agak bersyukur tak kena pukul. gua ambik baldi. gua bawak pergi bilik dobi. gua taburkan atas lantai. kemudian gua seru budak2 aras gua. gua mintak jasa baik mereka dermakan teh o ais mereka. ramai2 lah kencing di baju senior gua itu. maka muncul lah sungai emas yang berbau sedikit pelik. gua sentap sabun2 budak2 ni gua tabur satu botol. gua pijak2 sikit gua angkat pakai hanger. gua pun segan nak pegang bekas2 kencing membe2 gua tu. pastu gua letak depan pintu.

esok kat watercooler gua terserempak ngan black.

"woi, terima kasih. kau orang pertama basuh baju aku wangi gila." sambil tepuk belakang aku.

gua senyap je. dia blah je gua gelak macam gampang. bangga je gua dapat pujian cam tu. ye lah habis satu botol softlan tu. walaupun terselit air2 kencing kami. kalau black baca blog gua sekarang. gua mintak ampun lah. lu yang cari pasal suruh gua basuh spender2 lu. mesti lu dapat gatal2 sebulan kan. huaha.

moral-usah buli budak2. lagi2 budak kurus tak cukup makan cam gua ini.

8 comments:

Munira Ramadhan said...

HAHA are u serious ada air kencing???? omg!

RR said...

tak rock. lain kali kencing atas tilam depa time depa pi kelas

azie said...

wei, crius ke korg bwat cam2 dlu???

Amy Wong said...

thumbs up 2 u!

Anonymous said...

haha.hati kering jugak ek.

;))

Anonymous said...

babi lawak.

respek lu teddy si budak kurus.=p

intan.maisarah said...

pasir salak dan bukit tunggal.
owh ustaz syuk

Doriyuckey said...

HAHAHAHAHA, boleh cirit aku bace. lawak gilaaa. XD