cucu atuk pun gangster

menjadi kebiasaan untuk gua keluar malam dan pulang di lewat pagi. bagi ibu bapa gua itu perangai normal gua hari ke hari. kerana gua tahu mereka meletakkan kepercayaan yang penuh pada gua supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. malahan, mereka tahu aktiviti2 gua lakukan dengan teman-teman gua.

tapi, nak dijadikan cerita. suatu hari, mak cik gua telepon. dia cakap dia dan suaminya iaitu pakcik gua perlu meninggalkan tanah air untuk ke jakarta atas urusan kerja. maka, sebagai cucu sejati gua perlu temankan atuk gua selama seminggu atas ketiadaan makcik dan pak cik gua itu.

hari2 pertama berlalu sungguh normal sehingga lah beberapa kali matahari terbit hidup gua mula bosan. 5 hari tak keluar lepak bukan lah gua. bukan gua tak nak lepak. cuma situasi tidak mengizinkan. jadi, ada satu malam. memang gua bosan tahap bak kut teh punya. kebetulan kawan2 gua pun dah roger untuk meningkatkan skil individu masing2. jadi gua putuskan malam itu gua keluar.
datuk gua dah tidur. jadi gua malas nak kacau dia nak kejut bagitau gua nak keluar. maka, teruslah gua ke destinasi yang dituju iaitu ke sebuah pusat latihan snooker, pusat latihan bhai. haha.

selesai membenam rakan2 gua teruk. kami ke kedai mamak. selain bertujuan untuk melapis perut, kami juga ingin memastikan ekonomi kaum mamak berdiri teguh biarpun dilanda ribut taufan. bukan tak mahu sokong kedai bangsa sendiri. tapi kedai melayu 24 jam dalam malaysia ini boleh dikira dengan gigi. selesai segala urusan seri padukan baginda, masing2 mengambil langkah pulang.

dalam perjalanan pulang gua dapat panggilan dari ayah gua. dia cakap atuk terkejut gua tak ada kat rumah. dan dia risau. gua tengok jam baru pukul 4.30pagi, mungkin atuk gua bangun untuk buat qiam. gua pulak baru pulang nak cari bantal. ouh, dua genarasi yang berbeza kan?

sampai rumah datuk gua, gua tengok lampu ruang tamu dah menyala. atuk gua bukak pintu.

"man pergi mana? atuk bangun2 man dah tak ada." keluh atuk gua.

"ouh, pergi kedai makan jap tadi jumpa kawan" balas gua sopan.

"lain kali bagitau lah atuk kalau nak keluar rumah" cakap dia.

gua malas nak memanjangkan perbualan. gua ambil keputusan untuk berdiam diri dan membuat muka belas kasihan. taktik muka belas kasihan ini dah lama gua pakai. ia sangat berkesan. cuma ia tidak berkesan pada awek gua yang kedua dulu dan cikgu kelas gua masa tingkatan 5.

***

esok pagi, bangun tidur gua terus mandi. menjadi kebiasaan pagi2 gua lepak minum pekena teh tarik dengan datuk gua.memang tugas gua jadi awek pada atuk gua setiap kali waktu makan. jadi,semasa perjalanan dalam kereta ke kedai minum atuk gua cuba kembalikan memori silam semalam. gua ingat cerita dah habis.

"semalam, man tak  da. atuk terkejut betul.atuk tengok kat katil tak ada. kat luar pun tak ada. atuk dah risau dah" cakap atuk gua.

"haha. takadalah. man tak nak kacau atuk tidur. sebab tu tak nak kejut atuk" balas gua sambil ketawa anak2 ayam.

"eh, janganlah camtu. kalau jadi pape macam mana. kan susah. dah la pagi2 buta macam tu. kalau tengahari ke petang ke tak apa jugak"sambung dia lagi.

gua senyap.tak ada modal nak balas hujah. gua terus mesej karpal singh mintak isi kedua.

"bukan apa man. zaman sekarang ni, banyak samseng2. waktu2 camtu lah diorang keluar buat job" cakap dia.

gua ketawa kecil. dalam hati gua cakap - salah seorangnya cucu atuk ni lah.

tiba2, atuk gua tunjuk kat sebuah dinding jambatan. ada semburan grafiti yang tertulis nombor 08. atuk gua cakap.

"nampak tu, geng 08. itu geng2 gangster sungai buloh la tu" cakap dia.

"hahaha. yelah tu. biasalah tu macha." gua cuba letak beban kesalahan di kaum itu.

dalam hati - boleh tahan kitab gangster datuk gua ni.

4 comments:

Jerry Ng said...

haha, atok lu ex ayah kot. ;D

Scarlet Kiss said...

ahaha.
tu ar. tatau atok sendiri sape.

Unknown said...

haha. nice nice. jangan sangke org tua taktahu ape2. die mkn lebih garam dari kite!

faris said...

HAHAHA. mann, aku tau mana jambatan 08 tu. bahaya bhaii. 3 kali dia tulis. HAHAHAHA. XD