terlalu ramai, saya mahu rehat.

terlalu ramai orang rancak dipentas
dengan gitar bass masing-masing.

terlalu ramai orang suara enak,
dikala bibir mencium mikrofon masing-masing.

terlalu ramai brader ensem,
sehingga jualan kedai topman melambung-lambung.

terlalu ramai penulis puisi hebat,
sehingga tiada siapa yang tinggal untuk membaca.

terlalu ramai orang ingin menubuhkan komuniti,
sehingga terlalu banyak tanggungjawab dipikul.

terlalu ramai orang dengan projek-projek megah,
sehingga terus bawa kebaikan pada dunia.

terlalu ramai, terlalu ramai.
sesak.

sehingga kadang-kadang aku  tertanya.
dimana aku berdiri.

dan bila aku sedar.
ah leganya, masih dipeha ibu aku.

dan masih dapat melihat wajahnya.
lalu aku lelapkan mata kembali.

rehat,
dan teruskan bermimpi tentang cita-cita aku pula.