dua.


Pernah aku terfikir. Apa yang akan tuhan aku rasa apabila aku menduakannya. Mudah, buku teks agama islam aku dulu akan jawab aku syirik. Tapi, apa yang tuhan aku jawab. Adakah dia akan gelak apabila salah satu lagi ciptaan dia digelar syirik. Dipandu jauh dari landasan yang betul. Ataupun dia akan endah tak endah, membiarkan hamba yang kerdil ini terus begini yakni yakin dengan pegangan-pegangan kuat penganutnya yang lain. Ataupun dia akan bersedih lantas meminta semua berdoa agar aku diberi peluang untuk kembali menyayanginya seorang. Aku yakin, dia begitu. Masih berharap dan menerima segala kesalahan aku dan yakin dia akan berkata padaku –sayangilah aku seorang selama-lamanya dan aku turut akan menyayangimu selama-lamanya. Apa beza kita dengannya? Kita juga tak mahu diduakan. Sedih bukan apabila perkataan setia dimainkan. Jadi, kalau kita tak mahu kita diduakan, maka janganlah kita juga menduakan sesiapa lebih-lebih lagi orang yang sayang kita, tuhan kita contohnya.

6 comments:

Q said...

luv diz..

Anonymous said...

sapa yg menduakan ko ni teddy.
mai habaq kt aku..
^^

Unknown said...

perkataan 'mungkin' lebih baik apabila menggunakan 'tuhan'. meaning get through,very nice. :)

hilman.fikry said...

eyma- thanks ema.

nida-haha, mana ada sape2 pun, random writing jeh

jak-haha, entah lah jak. aku rasa realiti ada dekat situ. so, mcm tak ngam la kalau nak pakai mungkin. thanks for ur opinion btw.

Unknown said...

haha. hidup ayat jiwa kacau! :D

Anonymous said...

biar masa yg menentukn