selamat hari lahir.

bertahun aku cuba kenal erti ikhlas. dan hari ini, jangan hancurkan ia dengan memaksa aku buat sesuatu. bukan aku tak mahu. cuma tak mahu kau sentiasa berharap pada aku. berkali aku sebut, aku bukan sesiapa. andai mata engkau pandang aku istimewa jua, tetap masih aku bukan. dan, jangan samakan aku dengan orang lain. kerana aku memang yakin, aku jauh lebih baik dari mereka untuk engkau. memang, aku tak suka buat benda senang. sebab orang lain juga boleh lakukan untuk kau. buka mata, sudah aku beri yang luar biasa. cuma, mungkin engkau yang tak nampak. ataupun engkau sentiasa mahu lebih dari orang lain. aku tak pasti. dan ingat, tiap suara aku untuk engkau penuh dengan keikhlasan. bukan cuma secebis ucapan di dinding fesbuk yang tak tentu lagi penulis itu ikhlas ucapkan untuk engkau.

2 comments:

Para Jamaludin said...

dulu pun aku hide bday.
masa aku tak hide, semuanya cuma wish dr fb. yang aku tak kenal. yang tak in lgsg pun ada.

dan tahun ni aku rasa, bday wish kat fb adalah yang paling cibai.

naseb baik aku pegi karok jugak hari bday tu. lega cheq.

tahun depan aku nak faizal tahir live sebagai hadiah.

Anonymous said...

Bila trsedar dr sebrg mimpi buruk, 'ludah' sebelah kiri 3x dan minta agar Allah jauhkan kita dr segala kejahatan dan tipu muslihat syaitan. Nk tido tu bacalah Al Ikhlas 3X. Selawat atas Nabi. Istighfar “Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin & mukminat yg masih hidup dan yg telah mati." Last sekali
baca Bismillah...rahim sebyk 21X.