adik

kadang-kadang aku rasa malu untuk menulis tentang kebaikan. memerlukan keberanian yang tinggi. buat mereka yang kenal aku, pasti tersenyum celaka kalau aku mengaku aku sebenarnya budak baik. aku sendiri tidak tahu di mana baiknya aku. cuma hati aku bersorak kuat tentang perkara untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna lagi-lagi semasa melalui alam remaja.

sumpah, aku tak sempurna. kat sekolah dulu, kita orang selalu rembat aiskrim korneto kat koperasi masa rehat. kadang-kadang sorok telur mata bawah nasi. maksud gua, selalu juga. ponteng sembahyang tak payah cerita, orang lain sembahyang kita orang intai perempuan ambik wudhu'. bila-bila masa je petir boleh singgah kepala.

melawan cakap cikgu nombor satu. tak boleh langsung nak kalah. kalau tak boleh cakap pakai mulut, pakai tangan pun boleh. hari-hari kena denda. kena rotan, tapi perangai semua sama. kadang-kadang ada ingat tuhan. itu dia, taubat menangis-nangis. habis lencun sejadah. cukup dua bulan tiga bulan, setan masuk balik.

buat mata yang pandang aku sempurna, celik lah anda. aku bukan nak bermegah dengan kejahatan aku. bukan aku nak bongkak dengan kejahilan aku. tapi kalau kau orang nak tahu, dari sini aku kenal dunia. macam kau orang selalu cakap, hidup macam roda. hari ini hari aku, esok siapa yang tahu.

belajar, bukan sahaja dari buku teks kerajaan. bukan juga sahaja dari readers digest. juga bukan sahaja dari blog brader sembang kencang. belajar dari mata yang didenda melihat bintang. belajar dari tapak tangan yang berdarah mencabut semalu. belajar dari luka punggung yang singgah dari rotan pengetua. belajar dari telinga menerima cemuhan guru-guru. itu, belajar.

aku bukan salah seorang, yang boleh banggakan keputusan spm aku dulu. aku antara gangster-gangster kampung dusun sekolah yang termenung jauh menyesal atas segala perbuatan. perbuatan kalut diri sendiri. perbuatan yang menghitamkan hati. perlakuan yang jauh dari tuhan. aku salah seorang dari mereka. itulah cerita semalam.

cerita hari ini, aku lagi segali tegaskan, tiada apa yang aku megahkan selain hanya mahu mengingatkan anak muda bangsa aku sendiri. kita boleh junjung nama bangsa setinggi mana, tapi tiada apa yang lebih penting dari ilmu, pendidikan dan pengajaran hidup yang berguna. kalau masih ada masa buat mana-mana adik aku yang tak mahu melalui jalan seperti aku. kau orang masih ada masa untuk berubah.

aku tak marah kau orang dengar bunkface. aku tak marah kau orang poyo dengan nikon d60 korang. aku tak kisah kau orang pakai seluar londeh tunjuk boxer gambar spongebob korang. aku tak kisah pun. yang penting kau orang kenal siapa ibu bapa kau orang ; hormat. kemudian guru ; 5 tahun je sekolah. dan yang paling penting, bangsa kau orang ; bangsa melayu. dan yang tentu utama tuhan. hidup terang, tanpa hipokrit.

p/s- biar bodoh tak pandai membaca, tapi tahu hormat orang tua.

6 comments:

Q said...

i just love this entry! :)

ayeesha said...

kau suka jujur dalam menulis kan?

Anonymous said...

wah.entry yg sgt best..da lame xsinggah cni.
singgah kembali :)

hilman.fikry said...

eymma- thankyou eymma. =D

ecah- entah, macam takda fungsi utk aku menipu. =D


faeezan- haha, singgah la selalu =D

Lucy S. said...

entri yg sgt mendalam :)

Anonymous said...

mendalam maksudnya! - ur junior in hr wanna =)