Bunohan


Suatu lukisan tidak akan bernilai jika tiada pembeli. Ini kerana ia terlalu subjektif dan bergantung pada penghargaan yang diberi oleh orang ramai ataupun seseorang individu. Contohnya, aku hasilkan satu lukisan potrait bogel diri sendiri. Aku boleh letakkan berapa harga pun yang aku suka sehingga berjuta ringgit. Tapi, selagi tiada pembeli maka lukisan aku itu tiada nilai sesen pun. Melainkan datang Akak Nora Danish datang dan mahu beli lukisan itu dengan harga 2 juta. Maka, jatuhlah nilai dua juta pada gambar bogel aku tersebut.

Lalu, Akak Neolofa serta Puan Lisa Surihani yang mahu juga memiliki lukisan tersebut akan meletakkan tawaran lebih tinggi dan nilai lukisan itu akan bergantung pada pembeli yang terakhir. Dan begitu juga nilai filem Bunohan. Bergantung pada penilaian yang dibuat pembeli.

Filem ini dijadikan pengarah sebagai tempat dia melukis. Dan harga lukisan itu akan dinilai oleh kau orang sendiri. Bagi aku pengarah dan kumpulan produksinya berhempas pulas untuk menghasilkan Bunohan supaya tidak dilabelkan sebagai filem 'biasa' Malaysia. Dan, mereka berjaya meletakkan satu tahap baru dalam industri perfileman negara.

Bagi aku sebuah filem itu dihasilkan tidak semestinya untuk difahami. Cukup dengan scene scene pendek yang memberi makna pada penonton. Isu yang dikupas, cerita yang mahu disampaikan, soalan yang ditinggalkan. Dan elemen elemen ini cukup penuh dan sempurna disusun dalam Bunohan. Memuji aspek teknikal dan penghasilan yang boleh dikatakan sempurna, usaha yang ditunjukkan kumpulan produksi ini membuka mata kita kenapa pengarah lain tidak boleh buat sedemikian rupa?

Hasil suntingan yang sangat menarik membawa kita ke dunia Bunohan. Rangka yang luas dan mengandungi subjek utama seperti scene tangga rumah di pantai. Bot berlatar belakang hutan. Paya bakau penuh akar. Subjek subjek utama ini memberi nyawa kepada filem ini ditambah lagi dengan tone warna menarik. Pujian juga harus diberi kepada pelakon kerana membawa watak dengan hampir sempurna. Ternyata mereka bersungguh dalam melakonkan watak yang diberikan sehingga kita lupa pada jiwa asal pelakon kerana terlalu asyik mengenali mereka sebagai Ilham, Bunga Lalang, Pok Weh, Mek Ani.

Bosan dengan filem cinta dan seram Ahmad Idham, Pierre Andre, Prof Razak Bunohan membuka pintu baru untuk kita berhibur sambil belajar daripada menonton filem. Isu yang dikupaskan tidak lah terlalu berat, tetapi dengan penghayatan individu, masing masing boleh menerima output yang berbeza. Sedar atau tidak filem sebegini akan meninggalkan kita dengan soalan. Kenapa macam tu? Kenapa macam ni? Kenapa begitu? Filem yang buat kita untuk terus berfikir. 

Bagi aku antara isu yang menarik untuk dikupas ialah, bagaimana kuatnya budaya komuniti pantai timur ini dan 'padang golf' mampu menghilangkanya sekelip mata. Kehidupan disana, mak cik mak cik dapat menyara hidup dengan menjual keropok lekor di tepi rumah. Anak anak kecil dapat berlari main bola berkaki ayam beralaskan pasir pantai. Dan kehidupan sebegini akan hilang, bila projek projek Barisan Nasional akan masuk.

Isu isu budaya seperti susuk, alam ghaib, juga dapat membuka mata kita kelak ia semua akan berakhir dengan kebinasaan. Tidak memerlukan adegan menjerit memekakkan telinga seperti filem seram lain, Bunohan menggunakan mata, mimik muka pelakon mereka sebaiknya dan berjaya memberi impak yang besar untuk menonton berada dalam suasana Bunohan. Skrip yang baik penuh dengan sarkastik dan pucuk pucuk budaya Melayu, membuat kita terus berbahasa seperti mereka selepas keluar panggung.

Tanpa mencari kelemahan filem Bunohan ini, aku rasa filem ini sudah cukup berjaya. Dan ini akan menjadai platform untuk anak anak muda menjadi pengarah filem yang bagus lantas menolak format format basi filem mahupun drama seram dan cinta yang hanya dihasilkan untuk mengaut keuntungan semata mata tanpa membawa sebarang isi bermakna untuk kita kupaskan.

Bagi yang belum menonton aku tidak mahu kata apa apa, cuma untuk mereka yang gemar menggunakan akal untuk hidup aku sarankan filem ini untuk kau orang.

3 comments:

ima gegurl said...

hi hilman. u punya review mcm dari segi general je i tengok... contoh u kata harga bergantung kepada pembeli. maknanya kalau i buat review pasal Adnan Sempit, i pun kata harga bergantung kepada pembeli. tak ke sama? lagipun sinematografi dalam movie sebelum ni pun banyak yang cantik, contoh Cun dan Nur Kasih, jadi apa yang spesial sangat dengan Bunohan? sebab ada pancut2 darah ehh hihi.maaf i masih baru dalam bidang ni, sila beri tunjuk ajar.

p/s: i suka vid kahwin uollss buat tu, kelass gitu hehe

hilman.fikry said...

Haha, takdelah. Itu hanya sebagai introduction untuk artikel ni. Untuk menjawab soalan u yang i rasa i dah jawab, filem ini spesial dia ialah isu yang dikupaskan. Bezanya dengan filem lain ialah, anda ditinggalkan dengan soalan soalan yang membuat anda untuk berfikir.

Beza dengan adnan sempit hanya sebagai bahan picisan untuk buat gelak ketawa hujung minggu, kemudian terus dilupakan.

Terima kasih, kita orang pun masih baru dalam industri ni.

hilman.fikry said...

Haha, takdelah. Itu hanya sebagai introduction untuk artikel ni. Untuk menjawab soalan u yang i rasa i dah jawab, filem ini spesial dia ialah isu yang dikupaskan. Bezanya dengan filem lain ialah, anda ditinggalkan dengan soalan soalan yang membuat anda untuk berfikir.

Beza dengan adnan sempit hanya sebagai bahan picisan untuk buat gelak ketawa hujung minggu, kemudian terus dilupakan.

Terima kasih, kita orang pun masih baru dalam industri ni.